Tuesday, January 26, 2010

Di Kesempatan Ini.....

Dah lama x visit blog sendiri apatah lagi nak update tapi hari ini rasa macam nak update.

Dah masuk tahun baru 2010.

Alhamdulillah. Tahun ini bermula dengan baik walaupun aku ingat-ingat lupa dengan perasaan masa 1 Januari 2010 tu mengatakan this is not a good year for me. Tapi apapun yang terjadi masa tu, telahpun aku lupa dan insya-Allah it will be a good year- looking forward to it.

Azam
Azam tahun lepas nak pergi belajar Al-Quran di Masjid Putra dan menjelang sahaja tahun baru, lupa untuk register. Bulan Mac 2009 baru ingat, jadi ditangguhkan ke tahun ini. Telahpun mendaftarkan diri dan mendengar taklimat- really looking forward untuk memulakan kelas. Insya-Allah kelas akan mula pada bulan Februari 2010. Pihak pengurusan akan hubungi to inform jadual kelas tapi secara general understanding, kelas adalah sekali seminggu, diadakan pada hari Isnin, bermula pada jam 8pm sehingga 10pm, akan berhenti untuk sembahyang Isyak bersama-sama.

Rasa sangat excited.

Ustaz beritahu kelas bahasa Arab Asas tidak dibuka tahun ini kerana kelas tahun lepas masih belum berakhir. Jadi kelas bahasa Arab asas akan hanya dibuka, insya-Allah, tahun hadapan. Jadi mungkinkah aku boleh ikuti kelas tersebut? Buat masa ini, hati menyatakan "sila ikuti kelas tersebut".


Aku pun dah survey kelas basic mandarin. If xder apa2 aku akan amek kat UIA weekend. Tapi pendaftar kata kena tunggu open dulu because current class x habis lagi. Jadi, since aku x buat apa2 yang menarik dan aku dah x suka berpanas2, aku ingat aku nak habiskan masa belajar bahasa. Apa-apa bahasa pun....

Baby Cat

..... are healthy. Dua-dua sangat manja, telahpun besar. Tina kata "patutlah besar, ko bagi dia makan Royal Canin". Mia sangat2 peramah dengan tetamu, Chichi macam biasa, sibuk melarikan diri. Tapi apapun yang aku buat dan bilapun waktu yang aku pilih untuk mengemas rumah, baca buku, tengok tv, masing-masing sibuk mengikut.

Weekend hari tu aku duk mandi hujan lepas maghrib, teringin, sebab dah lama x mandi hujan, Mia sibuk mengikut. Masalahnya, bulu Mia panjang dan lebat, jadi bila dia masuk rumah, basah kuyup dan lambat kering bulunya. Dahlah tu, sibuk2 nak duduk dengan orang. Dalm sibuk-sibuk main air hujan, tiba-tiba ada kilat, Mia pun berlari selaju boleh masuk ke dalam rumah. Sangat kelakar lihat reaksinya.


Dah bawa Mia ke vet. Ada kutu rupanya budak tu. Patutlah tergaru2 macam hapa ntah. Dia marah masa vet cucuk dia tapi ada sekor baby cat comel, nama dia Ryan, duk kat depan cage Mia- sonyap yo anak sekor ni.....

Musim mengawan skrg. Aku dah konfemkan dengan Tina. Dia pun agree sebab kucing-kucing berkeliaran kat luar rumah sambil menyanyi- menyanyi ok.... bukan mengiau x tentu hala... Tapi sangat bangga sebab Mia buat x tau cuma Chichi macam x cukup tanah mengikut si jantan yang kat luar.. issskkk


Baby Bunnies

Aku rasa hidup diorang sangat sunyi sebab hanya tinggal 2 ekor sahaja. Aku juga dah xnak lepaskan sebab asyik nampak bayang2 anjing (mungkin aku terlalu phobia). Apapun, aku xnak baby bunnies or baby cat aku dimakan oleh apa-apa sahaja yang karnivor.

Kerja

Seronok, seronok! Of course, tiada yang akan diulas dengan lebih perincian.

Bertukar unit sekali lagi, kembali dibawah naungan Cik Shuba. Sebelum ini pernah dibawah naungan Cik Shuba juga sewaktu di Unit lain.

Tadi dapat panggilan dari bos lama, katanya, mungkin akan pulang semula ke Treasury.

Treasury..... mula-mula aku rasa muka aku masam jer masa dapat posting kat sini tapi semakin lama , aku sebenarnya suka bekerja di sini. Bos, rakan-rakan sekerja, kawan-kawan- semuanya sangat menyenangkan.

Exam

Sekali lagi akan menempuh PTK. Kali ini PTK3 yang dijadualkan pada bulan Mac 2010 selama beberapa hari yang panjang. Tiada apa2 persediaan yang aku telah buat kerana bila balik rumah sahaja, hari dah terlalu lewat dan badan sangat letih. Akan berusaha lebih baik mengatur jadual.

Cuti

Tahun lepas, buat kali pertama, cuti sakit aku sangat2 banyak terutamanya penghujung tahun dan cuti rehat juga dihabiskan dengan jayanya. Harap2 tahun ini tidak begitu. Buat masa ini, setelah 27 hari dalam bulan Januari, aku masih belum ambil cuti.

Aku dah rasa sakit kepala skrg tapi aku akan cuba xnak amek cuti. Jika ambil, nak ambil lama pada bulan 5 ini- mungkin 1 minggu. Sebab pada bulan April 2010, bos aku dah KIV untuk cutinya. Apa yang aku buat masa cuti? Of course, bercuti dari buat apa2 dan memalaskan diri di atas sofa melayan novel, baby cat, lagu dan tidur. Sila jangan hubungi waktu2 ini kerana memang xnak buat apa2.

.... tapi skrg, aku tengah imagine nak bercuti sangat2 tapi of course, aku rasa aku x biasa ada orang temankan aku cuti jadi aku nak pergi sorang2 dan jawapan yang aku terima setiap kali aku kemukakan soalan "B, orang nak pergi cuti- sorang2, boleh?". Jawapannya "X payah". Sangat2 mesra jawapan tu kemudian dia terus ubah ke topik yang lain terutamanya kalau malam sabtu "Awak rasa Kelantan boleh menang x malam ni?".

Ke rumah Mak Mertua

Of course, aku selalu kecil hati dgn hubby aku. Jadi aku ambil keputusan dah xnak ikut dia balik kampung selagi tiada progress yang baik dari dia. Jadi aku memang x ikut dia balik Kelantan 2 minggu lepas. Duk bising2 juga sebab dia tahu Ummi dan Mak Tua definitely akan marah kat dia. Dan ada few times dia call masa otw balik kata Ummi call and marah2 dia....

Aku cakap "What ever u did to me, I'm giving it back to u". Diplomasi hanya kalau ada potensi pihak lagi satu berdiplomasi. Since xder, maka aku pun xder- sangat keras kepala.

Dan minggu lepas, sangat2 baik dia menunjukkan progress untuk beramah mesra dan makan sekeluarga. Dia duk bakar daging, aku masak gulai lemak daging salai. Seronok! Dan minggu ni akan balik ke Kelantan untuk bercuti tahun baru Cina.

Aku suka balik ke Kelantan but please, it doesn't mean aku suka, orang juga boleh sesuka hati buli aku..... Give and take....

Monday, November 23, 2009

Update

Pertukaran

(Sila baca dengan nada serius dan formal)
Untuk makluman, entry sebelum ni menyatakan Anggerik Sofea akan bertukar ke EPU, JPM. Oleh yang demikian, sukacita dimaklumkan pertukaran tersebut tidak akan berlaku selepas beberapa sesi perbincangan dengan pihak pengurusan. Pihak Anggerik Sofea masih berhutang satu surat pembatalan niat kepada pihak pengurusan dan akan disusuli dengan kadar segera.

Buat yang dah mengucapkan tahniah, terima kasih. Maybe boleh digunakan untuk sesi sambung belajar (kalau diluluskan).


(dah boleh tukar kepada nada yang lebih ceria)
Kesihatan dan cuti
Hmm... bulan ni banyak mc. Ini dah hari ke 4. Maaf, bos. Benar2 x sihat. Secara keseluruhan, tahun ini ada 9 mc tetapi semua mc bermula sebelum hari raya puasa kerana demam yang sangat teruk. Awal tahun amat sihat sahaja. Minggu raya akan bercuti panjang- seminggu jer. Masih berhutang dengan bos 2 projek khas.

Musim hujan dan peperiksaan
Walaupun x ambil peperiksaan, macam biasa- suka menyibuk. Apapun tahun ini Ayang (anak paksu) ambil exam. Aku dah lupa subjek apa yang diambil- telahpun ucapakn selamat berjaya. Sekarang tengah tengok laporan berita. Kesian budak-budak ini tapi aku rasa banyak sangat orang merungut. Adakah kerana terlalu senang sampaikan susah sedikit pun tidak mahu? Apakah ini karekter budak-budak sekarang? Masa aku exam pun dulu ada hujan2 skit, ada banjir2 skit. Dulu kat KL ini selalu banjir. Dulu-dululah. Mengharung banjir- dalam keadaan fizikal yang tidak berapa tinggi dan memang x tahu langsung berenang, tapi redah juga sebab nak balik rumah. Aku memang suka duk kat sekolah. Dari pagi sampai petang kat sekolah. Kalau x pun kat sebelah sekolah. Penat- jalan kaki dekat sejam. Aku yang pilih pun, ayah suruh naik bas sekolah jer. Tapi x apalah. Aku seronok dan aku bersyukur aku melaluinya kerana jika sekarang, aku lagi suka naik kereta walaupun nak pergi open house rumah jiran depan aku ni. Jangan harap nak jalan kaki.

Jadi, balik kepada persoalan asal- adakah anak-anak zaman sekarang tidak biasa susah?


Cerita-cerita politik
Aku kalau x sihat, macam-macam nak baca dan tulis. Sibuk jer. Apapun, sebagai kakitangan awam, susah nak komen cuma sekarang ni banyak2 cerita politik disebarkan di media. Tidakkah masing-masing pandai untuk menyelesaikan krisis tanpa menghebahkan pada seluruh dunia? Seharusnya, masing-masing perlu pandai berdiskusi- dalam satu forum tertutup yang cuma boleh dihadiri pihak berkenaan, of course, parti-parti komponen. Seterusnya, apabila dah selesai semua krisis, barulah buat sidang media, maklumkan masalah, maklum sedikit latar belakang, maklumkan penyelesaian- akan nampak lebih cerdik berbanding masing-masing menunjukkan keegoan dan ketidak cerdikan setiap individu terlibat.

Apa pula cerita bola?
Kan aku dah cakap aku ni sibuk jer. Aku terbaca tulisan Shebbi (ntah macam mana nak eja nama dia) dalam HM menyatakan FIFA haruslah lebih adil (lebih kurang-paper dah xder). Nak adakan semula perlawanan Perancis dengan Ireland (rasanya Ireland).

Pada satu sudut, ya, sangat tak adil bola dah kena tangan THenry tapi still x batal. Tapi itu aku rasa kesalahan teknikal perlawanan. Apabila wisel penamat telahpun ditiup, patutnya apa sahaja keputusan pengadil x perlulah dipertikaikan sebab jika ada satu kes begini, walaupun ada "Fair Play" slogan oleh FIFA, mana pula letaknya kedudukan "keputusan pengadil adalah muktamad"? Maksudnya, jika FIFA tunduk kepada tekanan ini, keputusan pengadil boleh dipertikaikan pada bila-bila masa sahaja walaupun perlawanan itu telahpun berlangsung beberapa bulan ataupun tahun yang lepas.

Jika ada keputusan yang ingin diubah, ubahlah sebelum wisel penamat ditiup.

...dan seterusnya cerita presentation bersama Shima
Weh, penatnya buat slide. Jika Abg Hafizal membaca tulisan ini, sila ambil maklum saat ini saya berharap saya pandai bercakap seperti abang!

Apapun, giliran kami telahpun 50% selesai. Tinggal pembentangan tajuk kepada Bahagian tercinta. Mrs D kata, it's a good presentation, menjadi benchmark bagi pegawai muda kerajaan dan harus berkongsi dengan Bahagian pada mesyuarat pengurusan akan datang. Kak Queen, buatlah mesyuarat tu akhir tahun 2010, janganlah buat dalam masa terdekat. X larat weh...... Stress!! Tapi kalau dah ditakdirkan nak buat awal, akan kuharungi jua....

Isu Anak
Of course, tak ada apa2 berita lagi. Silalah doakan tapi bak kata doktorku, likelihood tu sangat2 tipis. Apapun, dia bukan Tuhan.... dan dia juga kata, kita cuba dulu.....

Buat yang tertanya-tanya (aku juga masih confuse), aku x boleh pregnant sebab ovari tidak mengeluarkan telur. Adakah sebelah? No no no- kedua2nya. Tapi x apalah. Jadi jangan tanya2 lagi tanpa alasan munasabah sebab aku memang sangat sensitive berkenaan isu ini- mungkin aku akan nangis atau aku akan doakan sesuatu yang tak baik untuk orang yang bertanya (biasanya aku akan buat kedua2nya, terutama kat orang yang aku x suka, kecuali orang yang bertanya dah jelaskan awal2 kat aku tujuan dia bertanya)....

Akhirnya...
Masih menunggu hubby yang sangat2 lambat balik hari ni tapi aku x kisah sebab hari ni aku dah kenyang sebab banyak makan. Dah tulis banyak, jadi esok aku boleh diamkan diri sepanjang hari...

Selamat malam.

Sunday, November 15, 2009

Berpindah

Hari Jumaat hari tu dah dimaklumkan office aku dah dapat surat pertanyaan sama ada boleh lepaskan aku untuk bertugas ke tempat lain dan Mrs D kata dia ok lepaskan aku tanpa sebarang pengganti. Alhamdulillah.

Aku akan berpindah ke ofis baru mulai 1 Disember 2009. Semoga segala-galanya baik.

Terima kasih Treasury, terima kasih kawan-kawan.

Wednesday, October 21, 2009

Entah Apa-Apa

Seeing doctor break my heart, of course- no good news.

And so, bila mood dah x ok, pergi JUSCO beli barang-barang.

Harap B ada disisi, tapi x ada...

Busy sahaja...

Perlu nangis? Entahlah, cuma sedih sahaja.

Dan sekarang, hati nak ambil cuti dalam tempoh yang lama, pergi jauh dari sini sendirian. Entah boleh atau tidak.

Masa meeting admin hari tu, Mrs D ada cakap- soul searching.

She's right. I'm searching for something that I don't know. And even in not knowing,I feel that most of the time I'm looking for my soul.

Tuesday, October 13, 2009

Berkebun

Dah dua minggu suka berkebun. Mood pun tengah baik. Hari-hari siram pokok 2 kali, sebelum dan selepas balik dari kerja.

Hari ini niat xnak siram sebab hujan dah. Tanah pun masih basah. Jalan-jalan kat pokok, tetiba nampak pokok di sudut kanan depan rumah berbunga- bunga raya! Aku dah lama x nampak pokok bunga raya, tambah-tambah yang berdaun merah. Aku ingatkan pokok yang ditanam di laman rumah ni pokok semata-mata, rupa-rupanya pokok bunga raya. Seronok! Itulah pokok pertama yang berbunga semenjak kami duduk di rumah baru ni. Mungkin baru nak serasi dengan kami.

Aku belek2 pokok tu dan jumpa beberapa putik bunga yang bakal berkembang- x tahu bila. Tapi ia insya Allah akan berkembang. Dah tunjuk pada B. Dia pun gembira, siap ambil gambar bunga tu lagi. Dan niat xnak siram pokok telah dibatalkan. Aku bancuh baja bunga dan pokok dan seterusnya siram pada semua pokok yang dijangka pokok bunga (aku x sure pokok apa yang orang tanam keliling rumah ni).

Mungkin tengah rajin, maka rumah pun sangat kemas. Cuma floor cleaner dah habis, nanti harap x lupa nak pergi beli.

Oh, hari ini budak-budak sangat nakal. Chichi dan Mia ada dalam kereta waktu nak bertolak ke tempat kerja. Aku x perasan diorang ada dalam kereta. Tengah reverse, Chichi tiba-tiba melompat kat seat sebelah aku. Terperanjat. Mata dia bulat jer pandang aku- comel! Tapi masih x boleh bawa ke tempat kerja. B ambil dan turunkan. Masih aku x perasan Mia ada kat seat belakang. B yang perasan Mia ada di seat belakang. B ambil dan turunkan Mia juga. Dan masing-masing bulatkan mata dan buat muka "Mummy! Kitorang nak ikut..."

Sayangnya dengan budak-budak ni. Pagi tadi masa dah bangun jam 5.30 am, budak-budak tu yang temankan aku minum air oren di kerusi luar. Sejuk juga, tapi budak-budak ni panas, furry.

Interview Lagi

Bosanlah hari ni.. pening pun ada. Mungkin sebab x beli pasu bunga lagi.

Pagi-pagi ada interview di SPAD, EPU dengan Dr. Isa. Dah kasi resume and academic transcript. Katanya akan forward ke JPA. If xder probs, iflah, maka aku akan kerja di SPAD. Cuak juga nak g interview. Al-maklumlah aku ni x pandai menjawab soalan secara lisan. Cuba suh tulis dalam kertas, maka panjanglah jadinya jawapan aku.

Menarik x kerja kat SPAD? Aku fikir ya... Aku berharap agar semuanya akan baik. It's a big decision for me. Takut juga aku nak melangkah meninggalkan MoF specifically MKD ni. Apakah yang ada di luar sana?

Mungkin juga rindu nak bekerja di bawah ex-bos aku.

Aku perlu bertukar untuk mencari dan merasai pengalaman yang lain terutama sesuatu yang melibatkan operasi (macam merepek pula).

Moga tabah menghadapi hari-hari mendatang.

Wednesday, September 23, 2009

A Well Raya

This is my first raya with B... not that well, oklah....

Been in bed since wednesday night for fever, and still having fever but not as worst as my first and second raya....

Didn't do much work. Just munching and sleeping. When I'm able to walk, pergi rumah saudara-mara B, nearby... This year ada few newborn in families. Boleh dukung kejap-kejap jer takut berjangkit pula.

Kuih sangat2 banyak this year- alhamdulillah. Nana and indera pun dah pandai buat kerja rumah- tolong ayah dan mama di kampung.

Only bila balik kampung dapat minum kelapa muda. Selsema dah kurang tapi kepala still sakit. Ada semua simptom influenza A H1N1, tapi doktor kata "Only you know how you feel. If you start vomiting and can't breathe, go to hospital quickly. I'll prescribe stronger antibiotics"

Antibiotics itu sangat berkesan. Aku dah mula rasa selesa.

Tapi kepala masih sakit. Aku x pening, tapi tiap kali aku batuk, menguap, dan picit dahi aku, aku rasa sangat sakit.

Aku masih susah nak bernafas. Sangat x suka makan sebab aku kena pilih antara nafas dan telan makanan. Tapi sangat lapar, jadi aku pilih untuk makan.

Masih selsema. Minggu depan akan start pakai mask.

Batuk dah kurang. 2 botol ubat batuk aku habiskan dalam masa seminggu.

Tekak pun dah x sakit sangat. Doktor kata merah sedikit sahaja.

Aku rasa loya tapi aku x pernah muntah lagi.

Hopefully will fully recover this week...

Thursday, September 10, 2009

Wallet Baru

Wallet baru dah sampai dan dah selamat aku transfer semua kad-kad plastik kat dalam wallet lama ke yang baru..... tengah-tengah syok amek gambar - (waktu lunch ok), tetiba ada orang kuak pintu nak cari member satu bilik...

.... bos member aku laa.....kelam kabut aku... x sure nak buat gaya apa... hahaha.. dengan aksi tengah ready nak amek gambar wallet....

Apapun, thank you to ayustore.blogspot.com (aku x reti nak link2)

I love this wallet!