Tuesday, April 15, 2008

Majlis Merisik

**Shy**

Majlis merisik telah berlangsung di rumah ayah and mama di pantai dalam, kuala lumpur pada 11 April 2008. Keluarga hubby bertolak dari Kuala Krai, Kelantan pada 11 April 2008, jam 4.00 pagi. Jam 3.00 petang (more or less) majlis merisik pun bermula.

Ummi sarungkan cincin tanda. Thank you, ummi. Alhamdulillah, aku rasa gembira sangat coz aku lihat kedua-dua family, family aku and azhar x ada masalah. Sepanjang hari Baby Izham temankan aku, dari pagi sampailah habis majlis. Aku xder camera official, so x banyak gambar yang ada:





Ni bilikku yang kemas setelah sekian lama x kemas. Cadar ni cadar eksperimen Mama. Dia baru belajar menjahit. Kaler hijau ni mama pilih sebab sama dengan kaler siling bilik aku.. :)


Gambar dengan along masa tengah bersiap-siap tunggu family hubby datang. Rindu pula dengan Baby Izham. All day long Baby Izham temankan aku dalam bilik. Dia lompat-lompat, sepahkan bantal, susun balik bantal, main game.... Thank you sebab temankan maklong ye, Baby Izham

Posing dulu sebelum family hubby datang. Nanti segan nak posing....
Baju purple ni beli kat Binwanis- shantung silk (aku x tahu aper tu tapi kena dry clean macam biasa). Nasib baik muat..hikhikhik... anyway, inilah baju paling simple kat Binwanis tu... kalau x, mama mesti nak belikan baju yang "ganas2" design dia... isskk, xkan nak pakai sekali ajer? So, aku pun dengan happynya pilihlah baju nih.... (benci, xder diskaun). Selendang ni tajaan along. Thank you, along.

Ni masa tengah dengar Nana, Mama and Along berceloteh.


Solekan sendiri.
Hari tu beli shiseido mascara base, tapi belum guna lagi sebab x reti. Sales girl shiseido kata "u kena gunalah selalu, baru pandai guna. Kalau x macam mana nak pandai guna". Pastu aku pun beli mascara untuk lengthen my eyelash. Jadiklah, serius lentik eyelash walaupun eyelash aku memang susah nak lentik coz dia lurus and x berapa panjang... baguslah salesgirl tu... pastu beli blusher color stick shiseido. Aku memang suka dengan produk shiseido. Kalau korang nak beli, try pergi Isetan KLCC, Jusco Wangsa Maju or SOGO. Promoter dia best. But the best promoter of course Isetan KLCC sebab dia solekkan and ajar skali penggunaan produk.

Rambut baru potong kat Jantzen, Midvalley. Okeylah.... Aku suka lagik kat Derrick & Team tapi ni jer yang paling dekat and mudah...

Ni waktu berdebar-debar menunggu (walaupun nampak x berdebar and asyik senyum jer). Aku dah kasik dah MP3 recorder kat Nana untuk rekod apa yang diorang cakap (yee, agak x sopan jugak, tapi aku curious). Tapi nana x rekod!! Geramnya!!! Xpelah....


ni cincin yang ummi and hubby pilih. Dulu aku and hubby pilih cincin sendiri untuk majlis merisik ni(which x derlah ok sangat-hikhik, sorry hubby).

Masa ummi sarungkan cincin tu, sangat berdebar-debar sebab takut x muat :). Alhamdulillah, muat. Serius cemas.....

Masa sarungkan cincin ni, aku dah cium tangan ummi dulu tapi "cameraman" yang ramai2 di sekeliling tak perasan. N they requested ummi untuk sarungkan semula cincin tu. Thanks, ummi. Ummi sangat sporting.

Ummi sarungkan semula cincin. Lepas tu "cameraman" yang ramai2 tu x sempat amek gambar aku cium tangan ummi, kenalah berlakon sekali lagik. Nasib baik ummi pun sudi ulang adegan cium tangan skali lagik.

All good news on friday. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Nana dapat call dari Pn. Dayang, Shell Miri at around 12 pm kata dia dah lulus Business Review and (probably) akan kerja dengan Shell Miri as mechanical geo-engineer or something. Shell Miri akan call untuk set perbincangan mengenai kerja. Alhamdulillah.

Thank you to ayah, mama, along and abang long yang banyak membantu kakak, abang and nana. We're not that smart, or genius, or in any mensa-related society. But Alhamdulillah, all this that happen because of your prayers, kesabaran and keikhlasan. Terima kasih, mama, ayah, along and abang long.

And to those yang menjaya dan memeriahkan majlis merisik pada 11 April 2008, Makcik Lina, Pakcik Bidin, Auntie Noi, Auntie Sham, Kak Ani and anak-anak (syafikah and girl) yang sudi buatkan kek and kuih-muih, along yang tolong mama masak from morning 'til afternoon, nana yang tolong hidang makanan.. thank you.

At this time, aku harap sangat x ada yang akan kecilkan hati mama and ayah. Kes maklang, biarlah aku catatkan di sini:

Maklang,
yang bergaduh masa hari raya tu antara suria dan anak-anak maklang. It's true, suria rasa anak-anak maklang tak patut suria hormat, hormat tu perlu diusahakan, bukan kita beri dengan percuma. Apa yang ada cuma silaturrahim kerana pertalian darah.


Kalau Maklang rasa dengan menjauhkan diri dari Uwan dan mama suria merupakan satu cara untuk puaskan hati Mak Lang, buatlah sesuka hati. Mak Lang-ibu saudara suria. Itu sahaja. Suria takkan benarkan lagi maklang minta tolong atau apa-apa sahaja dengan mama dan ayah setelah apa yang Mak Lang dah buat, apa lagi setelah anak-anak maklang dah buat. Jadi, hiduplah dengan anak-anak mak Lang sahaja dan jangan mengadu apa-apa kepada mama dan ayah lagi.

Mak Lang sendiri tahu bagaimana sikap anak-anak maklang. Jangan kerana nak menangkan kaca, maklang buang mak mak lang sendiri, sebagaimana yang mak lang pernah buat dari hari pertama mak lang berkahwin sehingga saat2 retaknya rumahtangga maklang. Suria budak lagi, bukan? Fikirlah sendiri.


Ok. Semuanya dah dikatakan. Dan terima kasih kepada semua.

2 comments:

TV de Plasma said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the TV de Plasma, I hope you enjoy. The address is http://tv-de-plasma.blogspot.com. A hug.

Ayu Firzara said...

Intan...
Congratulations on ur majlis merisik...
Hmmm tak lama lagi lah tu?
Ehem ehem, bila ek?