Aku rasa Spiderman pun bukanlah suka memanjat sangat macam adik lelakiku seorang ini. Setiap minggu ada sahaja dinding yang hendak dipanjatnya. Maka pada hari Sabtu yang lepas, dengan girang menghantar mesej ke telefonku dan kata "Kakak, belilah Kosmo! Gambar aku ada dalam tu".
Aku gigihlah menaip mesej untuk suamiku agar membeli akhbar Kosmo! Aku tidak akan sekali-kali beli akhbar ini- terlalu penuh dengan gosip tetapi suamiku memang suka membaca Kosmo!. Seperti biasa, suamiku terlupa tetapi tidak mengapa, aku berjaya juga mendapatkan gambar adikku bila mama datang ke rumah pada hari Ahad kerana sebaik sahaja adik lelakiku beritahu, sebagai kakak yang tidak pernah berahsia dengan mama, aku beritahu juga pada mama dan kata mama "Ayah dapat cari di Kuala Pilah". Jauh, kan?
Tidak banyakpun gambar adikku. Aku upload:
Superhero selalu pakai baju merah, kan? Adikku pun pakai baju merah.. :) Selalu bersenam sebab dia kata nak kurangkan berat badan tetapi aku tengok tidak ada perubahan. Asyik makan ayam golek Pantai Dalam sahaja... Adikku si superhero, silalah makan ikan pula. Tak payahlah nak bersenam selalu kalau asyik-asyik meratah ayam golek sahaja.



0 comments:
Post a Comment