Tuesday, December 14, 2010

Akhirnya... Mia Berjaya Mendapatkan Tupai

Sedang aku bersiap-siap pada suatu pagi nan tenang, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu jeritan binatang kecil yang nyaring. Aku bergegas keluar untuk melihat apakah yang sedang berlaku. Bunyi jeritan itu tidak berhenti dan sangat mencemaskan. Hatiku sangat berdebar-debar. Adakah sesuatu telah terjadi kepada Mia? Salmia ketika itu baru sahaja menyertai keluarga kecilku. Apabila tiba diluar, aku lihat Salmia sedang duduk dengan gaya menunggu untuk menerkam, kelihatan Mia tidak sabar sambil matanya tertumpu kepada kawasan bawah sangkar arnabku.

Alhamdulillah, Mia tidak ada apa-apa. Aku risau sebenarnya. Kemudian perhatian aku beralih ke arah bunyi jeritan di bawah sangkar arnabku. Jeritan itu masih tidak berhenti. Apabila aku melangkah menuju ke sangkar, Mia dengan pantas meluru ke arah sangkar sambil tangan kecilnya cuba mencapai binatang kecil yang sedang menjerit ketakutan. Aku lihat dibawah sangkar itu ada seekor tupai kecil. Comel. Kasihan aku lihat pada tupai itu. Jeritannya masih belum berhenti "Arkkkkkkk" (lebih kurang).

Aku dukung Salmia untuk beri peluang kepada tupai itu untuk melarikan diri. Akhirnya, tupai tersebut berjaya melarikan diri tetapi Salmia kelihatan tidak puas hati dan cuba mengejar tupai tersebut apabila aku meletakkan Mia.

Tahun ini, sekali lagi, Mia dengan girang menunjukkan hasil buruannya. Tetapi memandangkan kebelakangan ini aku tidur dengan cukup nyenyak, aku tidak mendengar sebarang jeritan. Bangun-bangun sahaja dari tidur, aku mandi dan ingin ke tingkat bawah. Buka sahaja pintu, Salmia sedang menunggu bersama Bebeto. Mia sangat suka menunjukkan semua yang ditangkapnya kepada aku. Lipas, cicak dan cicak. Kasihan cicak-cicak di rumahku, belum sempat beranak-pinak, dah jadi mainan Salmia. Apapun, Mia memandang ke arahku dan kemudiannya Bebeto menunjukkan seekor tupai yang telahpun kaku kepadaku. Bagaimana aku tahu tupai itu telah kaku? Bebeto menyentuh tupai tersebut dengan kaki hadapan sebelah kiri tetapi tupai itu tidak bergerak. Apabila Bebeto selesai menyentuh tupai itu, Mia terus menggigit tupai itu dan melambungkannya ke udara dan ke arah aku. Mia lambung dan melantunkan tupai tersebut ke arah aku!!! Aku tak tahu sejak aku kahwin ni, aku rasa aku agak mengada-ngada sikit. Lipas, cicak, apapun binatang yang Mia bawa, semuanya akan menyebabkan aku menjerit. Pagi-pagi lagi pada hari sabtu aku dah menjerit sekuat hati, mengejutkan hubby yang sedang tidur. Mungkin ada yang faham perasaan aku. Salmia tak berhenti-henti melambungkan tupai itu ke udara. Kasihan tau!

Akhirnya, dendam tahun lepas Mia terlepas tupai kecil yang comel telahpun terbalas!

Aku panggil haiwan ini tupai

(Aku harap tak salah haiwan kerana aku tidak pernah lihat tupai kecuali di dalam kartun)

Salmia gigih menggigit tupai comel yang telahpun mati.

Bukan senang untuk aku tangkap gambar Salmia dengan hasil buruannya. Salmia suka bermain-main dengan melambungkan haiwan kecil yang berjaya diburunya menyebabkan aku tidak boleh berada dekat ataupun aku akan campak kamera ni bila tupai ni kena pada tanganku.

Berusaha, Salmia! Daddy dah campak tupai ni ikut beranda ke halaman rumah tetapi Salmia gigih turun ke bawah dan ambil semula tupai ini untuk dibawa naik semula dan tunjukkan pada Mommy.

Selesa sungguh Mia selepas dapat bermain dengan tupai ini. Maklumlah, dah setahun memburu.

Tupai, maafkan aku kerana tahun ini aku tidak mendengar jeritanmu. Tahun ini ada banyak haiwan kecil dikelilingku hingga akupun dah keliru yang mana satu jeritan untuk minta tolong ataupun jeritan burung di waktu pagi yang selalu mengejutkanku........ Bersemadilah dengan tenang tupai comel.

Aku tidak tahu apa yang dah terjadi pada tupai ini kerana Uda ambil bawa ke dapur selepas aku asyik duduk atas sofa tak mahu turun-turun.

1 comments:

adek.senyum said...

hehe , kesian tupai itu .
kucing sis sama nakal dengan kucing saya . .
huhuhuh !
xbole nak buat apa kan , da namanya binatang tambah tambah sayang sangat sangat :D