Catatan kali ini adalah sempena ulangtahun perkahwinan kami yang kedua
Selama dua tahun melayari bahtera rumahtangga, pelbagai ragam yang ditempuhi. Benar kata orang (walau siapapun orang tersebut), rumah tangga bukan sesuatu yang senang untuk dibina. Masing-masing mempunyai ragam tersendiri. Masing-masing juga telah biasa hidup sendiri kemudian dipertemukan jodoh. Maka berlakulah pertembungan budaya.
Walaupun kami berbangsa Melayu tetapi kami dibesarkan di dalam dua budaya negeri yang berbeza. Keluargaku di sebelah mama berasal daripada Negeri Sembilan manakala ayah dari negeri Perak. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Suamiku pula dilahir dan dibesarkan di Kelantan.
Tahun pertama bukanlah mudah. Aku dah biasa hidup sendiri kemudian adanya suamiku. Aku telah biasa tiada orang akan menyentuh barang-barang yang telah aku susun dengan cantik dan kemudian adanya suamiku yang suka mengalihkan barang-barangku. Kalau ingin kata aku pentingkan diri sendiri pun aku rasa ada benarnya. Pada kebiasaannya, aku akan menyiapkan kelengkapan sendiri, kini aku perlu siapkan untuk suamiku juga. Ada kalanya aku terlupa juga untuk menyiapkan kelengkapan suamiku.
Ada hari-hari yang kami akan bertengkar, umpama esok tiada lagi cahaya untuk hubungan kami dan ada juga hari-hari yang kami seolah-olah tidak pernah mempunyai sebarang masalah.
Walau apapun, aku rasa kagum lihat semangat suamiku. Kalau hanya terpulang pada aku, mungkin perkahwinan ini tiada maknanya lagi tetapi lain pula dengan suamiku. Setiap hari aku lihat dia cuba memperbaiki dirinya. Suamiku suka memasak jadi aku tidaklah perlu memasak sangat kerana dia cuma minta aku masakkan rendang daging kesukaannya (yang aku selalu bagi pelbagai alasan untuk tidak memasak).
Setengah tahun kedua perkahwinan kami terasa berlainan. Dia semakin rajin. Dia membantu membuat kerja rumah- adakalanya menukar air di dalam baldi sewaktu aku mengemop lantai, adakalanya membasuh kuali (aku tidak suka basuh kuali), adakalanya menyusun suratkhabar. Walaupun bukan tugasan penuh tetapi untuk aku, itu semua lebih daripada cukup. Aku ingat lagi, setiap hari dia memberikan semangat kepada dirinya "Abang mesti jadi suami yang baik".
Lantas aku melihat kepada diriku dan bertanya "Cukup baikkah aku untuk dirinya?"
Dahulu aku juga selalu berkata "Abang tidak rapat dengan keluarga saya". Aku lihat dirinya semakin berubah. Dia boleh berbual-bual dengan ayah sampai ada suatu minggu sewaktu dia suka memasak bihun goreng dia berkata kepadaku dengan nada yang sangat girang"Ajaklah ayah dan mama datang rumah kita. Abang nak masak bihun goreng". Dah tentu jawapan aku "Tak perlulah", "Nantilah". Walau bagaimanapun, dia terus menelefon kedua-dua orang tuaku dan mengajak mereka untuk makan tengahari dirumah kami.
Pagi ini juga dia sangat bersemangat bangun pagi dan memasakkan mee goreng untukku. Bila aku turun sahaja daripada bilik, aku lihat dia telahpun memasukkan mee goreng tersebut di dalam bekas makanan dan bersama-sama bekalan tersebut ada sepasang chopstick kegemaranku.

Suamiku, terima kasih untuk hari-hari yang indah dan bahagia ini. Semoga tiada kedukaan yang dapat memadamkan memori manis ini. Tahun kedua perkahwinan kita, walaupun tidak bermula dengan baik tetapi dirimu telah membuka satu lembaran baru... Moga aku boleh jadi isteri seperti di dalam impianmu.

4 comments:
Tahniah Intan sempena ulangtahun yang kedua. Tahun2 awal memang akan ada banyak dugaan sebab itu adalah proses asimilasi (ingat kan btn?). Kita cuba untuk menerima dan menerima budaya orang lain menjadi sebahagian dari cara hidup kita. Tiada seorang manusia pun yang sempurna. Setiap hari kita sentiasa belajar samada dari kesilapan atau dari pengalaman orang lain. Pesan akak, walau apa pun yang terjadi, selalu lihat pada diri kita dahulu sebelum menuding jari ke arah orang lain. From there then only we will appreciate each other. Good luck. (This is a reminder to myself as well)
Semoga bahagia selalu.
Anna: Terima kasih. Intan akan mengingati pesanan tersebut.
Nafastari: Terima kasih, Mat. X sabar nak tengok gambar baby baru.
Tahniah Int...Hepi 2nd Anniversary.semoga hari-hari lain yang bakal dilalui lebih bermakna untuk menjadikan kita pasangan yg menerima seadanya di antara satu same lain...hehe..cakap pandai...ingatan tuk diri ko jugak Yanti!!hahaha
Post a Comment