Tuesday, December 14, 2010

CFA

Aku seorang yang mempunyai banyak perkara yang ingin aku capai. Selalu aku cakap- Fokus! Fokus! Aku tidak pandai untuk fokus kepada satu perkara. Aku boleh fokus ke tiga empat perkara serentak tetapi aku tidak boleh juga fokus jika ada orang membebel. Perlukan ketenangan......

Tadi aku sempat berbuat dengan Encik Izzat. Encik Izzat hadiahkan aku buku sempena hari lahirku. Anak-anak Encik Izzat comel- twin. Bertuah, kan? Apapun, aku berbual mengenai CFA. Encik Izzat sedang menduduki peperiksaan untuk mendapatkan gelaran CFA. Aku katakan aku berminat. Memang aku berminat tetapi kosnya agak mahal untuk individu yang bergaji sedikit seperti aku: Lebih kurang RM8,000 untuk kelas dan buku teks. Encik Izzat ada juga sebutkan yang kursus CFA lebih kepada self study. Perlu ulangkaji buku teks. Encik Izzat sedang menunggu keputusan Level 1 yang akan diumumkan pada bulan Februari 2011. Aku harap Encik Izzat berjaya. Tadi, Encik Rafizee bergurau "60% of CFA candidates failed during examination". Ada satu gambar kecil ditampal didinding dengan muka seorang lelaki berbaju kemeja berserta tali leher sedang memegang pen di sebelah tangan manakala sebelah lagi memegang dahi. Aku pula rasa sangat emosional seolah-olah sedang berpeluh-peluh!

Aku memang berminat untuk sama ada mendapatkan sijil profesional CPA/CFA. Ada masanya aku mencari juga kos yang perlu ditanggung. Sekarang dah tahu lebih kurang berapakah kos yang perlu aku tanggung untuk ketiga-tiga level. Mungkin aku ingin buat semasa Master ataupun selepas? Aku akan merancang pada bulan Disember 2011. Aku selalu kata pada diriku, juga pada penemuduga aku yang aku tahu ilmu ini penting. Aku bukan sahaja berkata begitu, hati aku juga tahu begitu. Adakalanya bila aku tidak dapat menonton berita atau membaca, aku rasa hati aku kosong dan ketinggalan. Dahulu sewaktu di universiti, aku suka membaca. Aku sangat menikmati setiap saat bersama dengan buku. Jika tidak makan/minum/tidur pun tidak mengapa. Tetapi apabila mula sahaja aku bekerja, aku kurang membaca dan aku terasa sangat bodoh serta ketinggalan. Itulah perasaan aku sekarang.....

0 comments: