Gambar ini tuan yang di Ampang kirim semasa screening process. Apabila melihat gambar ini, aku percaya si kecilku akan dijaga lebih baik daripada di rumahku.
Adakah anda semua nampak corak dibulu Pasha kelihatan mencatatkan kalimah "ALLAH"?
Si comelku, Pasha. Tuannya kata pasu ini terletak ditengah-tengah kolam berair dan entah macam mana Pasha boleh sampai ke dalam pasu ini. Puas tuannya mencari tetapi tidak berjumpa dan akhirnya jumpa juga Pasha di dalam pasu ini sedang duduk diam-diam. Aku rasa Pasha tengah keliru macam mana nak turun sedangkan tadi dah jumpa jalan ke tengah pasu...Menyerahkan si kecil bukannya senang. Aku ingat kami di dalam kereta menunggu tuan baru Pasha untuk datang mengambil Pasha di depan 7 Eleven di kawasan Ampang. Sedih! Aku rasa macam nak menangis sedangkan aku bukanlah peminat kucing sangat tetapi aku rasa connected. Dan Pasha seolah-olah faham apabila aku meleraikan pelukanku untuk menyerahkan dia kepada tuan barunya, Pasha membenamkan kukunya ke badanku. Sakit! Tetapi aku tidak marah kerana jika aku jadi Pasha, aku juga akan panik begitu. Kenapa tiba-tiba sahaja pelukan dileraikan? Tidak sayangkah?



1 comments:
comel je kucing tu.. geram tengok, especially gambar die dalam pasu tu..
=)
Post a Comment