Tuesday, December 14, 2010

Tahun Baru dan Aku

Setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang akan mempunyai azam. Pelbagai azam. Aku telahpun berhenti berazam kira-kira dua tahun yang lepas. Aku faham azam ini penting bagi sesetengah pihak. Ada juga sesetengah pihak yang berazam sebab mengikut trend.

Kenapa aku berhenti berazam? Dalam entry yang lepas mengenai Siddartha, aku kata aku mencari diriku. Aku masih mencari. Di mana-mana sahaja kakiku boleh melangkah, ke situlah akan ku cari diriku. Aku tidak boleh berazam jika masih belum bertemu dengan diriku.
Aku telahpun hidup lebih daripada 28 tahun. Aku akan memasuki 29 tahun pada 22 Mac 2011. Ada perkara yang masih belum aku tunaikan. Jika aku tunaikan, insya-Allah aku akan bertemu dengan diriku.

Dalam hidup aku yang dah hendak memasuki 29 tahun, ada banyak yang aku rasa aku belum buat tetapi dalam masa yang sama, aku rasakan banyak perkara yang telah aku lalui tetapi kenapa aku rasa seolah-olah tidak matang dan kadang-kala masih bersikap kebudak-budakan? Suatu hari nanti, jika pencarianku makin hampir, aku akan kongsikan di sini. Buat masa ini, hanya aku sahaja yang tahu. Oh, suamiku juga tidak tahu (maafkan isterimu yang comel ini!).

1 comments:

Anonymous said...

At the age of 20s you really want to be 40s or 50s but when you reach that age you will imagine that you are in the 20s enjoying every moment of your life. You already met your own self during this journey but you dont reach the destination yet. If you dont understand, dont worry. Be happy.