Thursday, December 30, 2010

Tahniah Harimau Malaya!

Kredit foto: http://www.affsuzukicup.com


Kredit foto: Utusan Malaysia Online


Tahniah buat pasukan bola sepak negara, Harimau Malaya, di atas kejayaan menjuarai AFF Suzuki Cup 2010.

It was an exciting game!

Friday, December 24, 2010

Blog Larian

Thank you to Zue ZA for tagging me in Blog Larian.



Apakah itu Blog Larian?

Blog Larian adalah perkongsian "perikatan" dimana anda boleh berkenalan dengan rakan-rakan baru. Anda juga berpeluang untuk mempelajari perkara-perkara baru dari rakan-rakan blog anda mengenai dunia blogging.

Slogan:

Saya suka berblogwalking kerana saya dapat berkenalan dengan rakan-rakan baru di samping memimba pengetahuan mengenai dunia blogging.


Aku dengan sukacitanya menjemput rakan-rakanku untuk sama-sama menyertai Blog Larian ini seperti berikut:



Happy blogwalking guys!

Wednesday, December 15, 2010

Help raise 200 t-shirts & pillow sets for homeless children sleeping on the streets of KL

Source: http://comfortme.ruumz.com/Causes/Default_Ori.aspx

Please help by donating.

Nur Salam is embarking on a programme to provide comfortable ruumz t-shirts and pillows to kids who live off the streets of Chow Kit with their parents. RM10 allows us to buy a pillow and RM20 allows us to buy a t-shirt for each child. Our aim is to provide 200 kids with sets of t-shirts and pillows worth RM6,000.

This would mean sheltering 200 of them from the cold cement pavements and providing them a pillow to rest their fragile heads, or to hug when they sleep at night.
Amount to be Raised : RM 6,000


Tuesday, December 14, 2010

CFA

Aku seorang yang mempunyai banyak perkara yang ingin aku capai. Selalu aku cakap- Fokus! Fokus! Aku tidak pandai untuk fokus kepada satu perkara. Aku boleh fokus ke tiga empat perkara serentak tetapi aku tidak boleh juga fokus jika ada orang membebel. Perlukan ketenangan......

Tadi aku sempat berbuat dengan Encik Izzat. Encik Izzat hadiahkan aku buku sempena hari lahirku. Anak-anak Encik Izzat comel- twin. Bertuah, kan? Apapun, aku berbual mengenai CFA. Encik Izzat sedang menduduki peperiksaan untuk mendapatkan gelaran CFA. Aku katakan aku berminat. Memang aku berminat tetapi kosnya agak mahal untuk individu yang bergaji sedikit seperti aku: Lebih kurang RM8,000 untuk kelas dan buku teks. Encik Izzat ada juga sebutkan yang kursus CFA lebih kepada self study. Perlu ulangkaji buku teks. Encik Izzat sedang menunggu keputusan Level 1 yang akan diumumkan pada bulan Februari 2011. Aku harap Encik Izzat berjaya. Tadi, Encik Rafizee bergurau "60% of CFA candidates failed during examination". Ada satu gambar kecil ditampal didinding dengan muka seorang lelaki berbaju kemeja berserta tali leher sedang memegang pen di sebelah tangan manakala sebelah lagi memegang dahi. Aku pula rasa sangat emosional seolah-olah sedang berpeluh-peluh!

Aku memang berminat untuk sama ada mendapatkan sijil profesional CPA/CFA. Ada masanya aku mencari juga kos yang perlu ditanggung. Sekarang dah tahu lebih kurang berapakah kos yang perlu aku tanggung untuk ketiga-tiga level. Mungkin aku ingin buat semasa Master ataupun selepas? Aku akan merancang pada bulan Disember 2011. Aku selalu kata pada diriku, juga pada penemuduga aku yang aku tahu ilmu ini penting. Aku bukan sahaja berkata begitu, hati aku juga tahu begitu. Adakalanya bila aku tidak dapat menonton berita atau membaca, aku rasa hati aku kosong dan ketinggalan. Dahulu sewaktu di universiti, aku suka membaca. Aku sangat menikmati setiap saat bersama dengan buku. Jika tidak makan/minum/tidur pun tidak mengapa. Tetapi apabila mula sahaja aku bekerja, aku kurang membaca dan aku terasa sangat bodoh serta ketinggalan. Itulah perasaan aku sekarang.....

Tahun Baru dan Aku

Setiap kali menjelang tahun baru, ramai yang akan mempunyai azam. Pelbagai azam. Aku telahpun berhenti berazam kira-kira dua tahun yang lepas. Aku faham azam ini penting bagi sesetengah pihak. Ada juga sesetengah pihak yang berazam sebab mengikut trend.

Kenapa aku berhenti berazam? Dalam entry yang lepas mengenai Siddartha, aku kata aku mencari diriku. Aku masih mencari. Di mana-mana sahaja kakiku boleh melangkah, ke situlah akan ku cari diriku. Aku tidak boleh berazam jika masih belum bertemu dengan diriku.
Aku telahpun hidup lebih daripada 28 tahun. Aku akan memasuki 29 tahun pada 22 Mac 2011. Ada perkara yang masih belum aku tunaikan. Jika aku tunaikan, insya-Allah aku akan bertemu dengan diriku.

Dalam hidup aku yang dah hendak memasuki 29 tahun, ada banyak yang aku rasa aku belum buat tetapi dalam masa yang sama, aku rasakan banyak perkara yang telah aku lalui tetapi kenapa aku rasa seolah-olah tidak matang dan kadang-kala masih bersikap kebudak-budakan? Suatu hari nanti, jika pencarianku makin hampir, aku akan kongsikan di sini. Buat masa ini, hanya aku sahaja yang tahu. Oh, suamiku juga tidak tahu (maafkan isterimu yang comel ini!).

Perkhabaran Anak Kucing

Anak-anak Mia musim pertama telahpun aku jual. Aku dapat maklum balas daripada tuan baru mereka-sangat nakal dan manja! Oh, sudah pasti... lihat sahaja betapa nakal dan manjanya Mama Mianya dan juga Mommy comel ni (nak juga walau tak berkaitan) . Ini gambar yang dikirim:

Gambar ini tuan yang di Ampang kirim semasa screening process. Apabila melihat gambar ini, aku percaya si kecilku akan dijaga lebih baik daripada di rumahku.
Adakah anda semua nampak corak dibulu Pasha kelihatan mencatatkan kalimah "ALLAH"?

Si comelku, Pasha. Tuannya kata pasu ini terletak ditengah-tengah kolam berair dan entah macam mana Pasha boleh sampai ke dalam pasu ini. Puas tuannya mencari tetapi tidak berjumpa dan akhirnya jumpa juga Pasha di dalam pasu ini sedang duduk diam-diam. Aku rasa Pasha tengah keliru macam mana nak turun sedangkan tadi dah jumpa jalan ke tengah pasu...

Menyerahkan si kecil bukannya senang. Aku ingat kami di dalam kereta menunggu tuan baru Pasha untuk datang mengambil Pasha di depan 7 Eleven di kawasan Ampang. Sedih! Aku rasa macam nak menangis sedangkan aku bukanlah peminat kucing sangat tetapi aku rasa connected. Dan Pasha seolah-olah faham apabila aku meleraikan pelukanku untuk menyerahkan dia kepada tuan barunya, Pasha membenamkan kukunya ke badanku. Sakit! Tetapi aku tidak marah kerana jika aku jadi Pasha, aku juga akan panik begitu. Kenapa tiba-tiba sahaja pelukan dileraikan? Tidak sayangkah?

Adik Yang Suka Memanjat

Aku rasa Spiderman pun bukanlah suka memanjat sangat macam adik lelakiku seorang ini. Setiap minggu ada sahaja dinding yang hendak dipanjatnya. Maka pada hari Sabtu yang lepas, dengan girang menghantar mesej ke telefonku dan kata "Kakak, belilah Kosmo! Gambar aku ada dalam tu".

Aku gigihlah menaip mesej untuk suamiku agar membeli akhbar Kosmo! Aku tidak akan sekali-kali beli akhbar ini- terlalu penuh dengan gosip tetapi suamiku memang suka membaca Kosmo!. Seperti biasa, suamiku terlupa tetapi tidak mengapa, aku berjaya juga mendapatkan gambar adikku bila mama datang ke rumah pada hari Ahad kerana sebaik sahaja adik lelakiku beritahu, sebagai kakak yang tidak pernah berahsia dengan mama, aku beritahu juga pada mama dan kata mama "Ayah dapat cari di Kuala Pilah". Jauh, kan?

Tidak banyakpun gambar adikku. Aku upload:

Superhero selalu pakai baju merah, kan? Adikku pun pakai baju merah.. :) Selalu bersenam sebab dia kata nak kurangkan berat badan tetapi aku tengok tidak ada perubahan. Asyik makan ayam golek Pantai Dalam sahaja... Adikku si superhero, silalah makan ikan pula. Tak payahlah nak bersenam selalu kalau asyik-asyik meratah ayam golek sahaja.

Ingat Tak Entry Tentang Suamiku?

Hari itu aku tidak upload gambar ration mee goreng yang telah dimasak oleh suamiku. Hari ini aku upload gambar tersebut:

Aku makan mee goreng ini di pantry. Sengaja makan di situ untuk show off. Hahaha, jangan marah ya, Yant!!!

Yang aku rasa sangat terharu itu sebab hubby masih ingat aku suka makan mee goreng dengan chopstick. Terima kasih, hubby!

Akhirnya... Mia Berjaya Mendapatkan Tupai

Sedang aku bersiap-siap pada suatu pagi nan tenang, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu jeritan binatang kecil yang nyaring. Aku bergegas keluar untuk melihat apakah yang sedang berlaku. Bunyi jeritan itu tidak berhenti dan sangat mencemaskan. Hatiku sangat berdebar-debar. Adakah sesuatu telah terjadi kepada Mia? Salmia ketika itu baru sahaja menyertai keluarga kecilku. Apabila tiba diluar, aku lihat Salmia sedang duduk dengan gaya menunggu untuk menerkam, kelihatan Mia tidak sabar sambil matanya tertumpu kepada kawasan bawah sangkar arnabku.

Alhamdulillah, Mia tidak ada apa-apa. Aku risau sebenarnya. Kemudian perhatian aku beralih ke arah bunyi jeritan di bawah sangkar arnabku. Jeritan itu masih tidak berhenti. Apabila aku melangkah menuju ke sangkar, Mia dengan pantas meluru ke arah sangkar sambil tangan kecilnya cuba mencapai binatang kecil yang sedang menjerit ketakutan. Aku lihat dibawah sangkar itu ada seekor tupai kecil. Comel. Kasihan aku lihat pada tupai itu. Jeritannya masih belum berhenti "Arkkkkkkk" (lebih kurang).

Aku dukung Salmia untuk beri peluang kepada tupai itu untuk melarikan diri. Akhirnya, tupai tersebut berjaya melarikan diri tetapi Salmia kelihatan tidak puas hati dan cuba mengejar tupai tersebut apabila aku meletakkan Mia.

Tahun ini, sekali lagi, Mia dengan girang menunjukkan hasil buruannya. Tetapi memandangkan kebelakangan ini aku tidur dengan cukup nyenyak, aku tidak mendengar sebarang jeritan. Bangun-bangun sahaja dari tidur, aku mandi dan ingin ke tingkat bawah. Buka sahaja pintu, Salmia sedang menunggu bersama Bebeto. Mia sangat suka menunjukkan semua yang ditangkapnya kepada aku. Lipas, cicak dan cicak. Kasihan cicak-cicak di rumahku, belum sempat beranak-pinak, dah jadi mainan Salmia. Apapun, Mia memandang ke arahku dan kemudiannya Bebeto menunjukkan seekor tupai yang telahpun kaku kepadaku. Bagaimana aku tahu tupai itu telah kaku? Bebeto menyentuh tupai tersebut dengan kaki hadapan sebelah kiri tetapi tupai itu tidak bergerak. Apabila Bebeto selesai menyentuh tupai itu, Mia terus menggigit tupai itu dan melambungkannya ke udara dan ke arah aku. Mia lambung dan melantunkan tupai tersebut ke arah aku!!! Aku tak tahu sejak aku kahwin ni, aku rasa aku agak mengada-ngada sikit. Lipas, cicak, apapun binatang yang Mia bawa, semuanya akan menyebabkan aku menjerit. Pagi-pagi lagi pada hari sabtu aku dah menjerit sekuat hati, mengejutkan hubby yang sedang tidur. Mungkin ada yang faham perasaan aku. Salmia tak berhenti-henti melambungkan tupai itu ke udara. Kasihan tau!

Akhirnya, dendam tahun lepas Mia terlepas tupai kecil yang comel telahpun terbalas!

Aku panggil haiwan ini tupai

(Aku harap tak salah haiwan kerana aku tidak pernah lihat tupai kecuali di dalam kartun)

Salmia gigih menggigit tupai comel yang telahpun mati.

Bukan senang untuk aku tangkap gambar Salmia dengan hasil buruannya. Salmia suka bermain-main dengan melambungkan haiwan kecil yang berjaya diburunya menyebabkan aku tidak boleh berada dekat ataupun aku akan campak kamera ni bila tupai ni kena pada tanganku.

Berusaha, Salmia! Daddy dah campak tupai ni ikut beranda ke halaman rumah tetapi Salmia gigih turun ke bawah dan ambil semula tupai ini untuk dibawa naik semula dan tunjukkan pada Mommy.

Selesa sungguh Mia selepas dapat bermain dengan tupai ini. Maklumlah, dah setahun memburu.

Tupai, maafkan aku kerana tahun ini aku tidak mendengar jeritanmu. Tahun ini ada banyak haiwan kecil dikelilingku hingga akupun dah keliru yang mana satu jeritan untuk minta tolong ataupun jeritan burung di waktu pagi yang selalu mengejutkanku........ Bersemadilah dengan tenang tupai comel.

Aku tidak tahu apa yang dah terjadi pada tupai ini kerana Uda ambil bawa ke dapur selepas aku asyik duduk atas sofa tak mahu turun-turun.

Friday, December 10, 2010

Suamiku....

Catatan kali ini adalah sempena ulangtahun perkahwinan kami yang kedua

Selama dua tahun melayari bahtera rumahtangga, pelbagai ragam yang ditempuhi. Benar kata orang (walau siapapun orang tersebut), rumah tangga bukan sesuatu yang senang untuk dibina. Masing-masing mempunyai ragam tersendiri. Masing-masing juga telah biasa hidup sendiri kemudian dipertemukan jodoh. Maka berlakulah pertembungan budaya.

Walaupun kami berbangsa Melayu tetapi kami dibesarkan di dalam dua budaya negeri yang berbeza. Keluargaku di sebelah mama berasal daripada Negeri Sembilan manakala ayah dari negeri Perak. Aku dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Suamiku pula dilahir dan dibesarkan di Kelantan.

Tahun pertama bukanlah mudah. Aku dah biasa hidup sendiri kemudian adanya suamiku. Aku telah biasa tiada orang akan menyentuh barang-barang yang telah aku susun dengan cantik dan kemudian adanya suamiku yang suka mengalihkan barang-barangku. Kalau ingin kata aku pentingkan diri sendiri pun aku rasa ada benarnya. Pada kebiasaannya, aku akan menyiapkan kelengkapan sendiri, kini aku perlu siapkan untuk suamiku juga. Ada kalanya aku terlupa juga untuk menyiapkan kelengkapan suamiku.

Ada hari-hari yang kami akan bertengkar, umpama esok tiada lagi cahaya untuk hubungan kami dan ada juga hari-hari yang kami seolah-olah tidak pernah mempunyai sebarang masalah.

Walau apapun, aku rasa kagum lihat semangat suamiku. Kalau hanya terpulang pada aku, mungkin perkahwinan ini tiada maknanya lagi tetapi lain pula dengan suamiku. Setiap hari aku lihat dia cuba memperbaiki dirinya. Suamiku suka memasak jadi aku tidaklah perlu memasak sangat kerana dia cuma minta aku masakkan rendang daging kesukaannya (yang aku selalu bagi pelbagai alasan untuk tidak memasak).

Setengah tahun kedua perkahwinan kami terasa berlainan. Dia semakin rajin. Dia membantu membuat kerja rumah- adakalanya menukar air di dalam baldi sewaktu aku mengemop lantai, adakalanya membasuh kuali (aku tidak suka basuh kuali), adakalanya menyusun suratkhabar. Walaupun bukan tugasan penuh tetapi untuk aku, itu semua lebih daripada cukup. Aku ingat lagi, setiap hari dia memberikan semangat kepada dirinya "Abang mesti jadi suami yang baik".

Lantas aku melihat kepada diriku dan bertanya "Cukup baikkah aku untuk dirinya?"

Dahulu aku juga selalu berkata "Abang tidak rapat dengan keluarga saya". Aku lihat dirinya semakin berubah. Dia boleh berbual-bual dengan ayah sampai ada suatu minggu sewaktu dia suka memasak bihun goreng dia berkata kepadaku dengan nada yang sangat girang"Ajaklah ayah dan mama datang rumah kita. Abang nak masak bihun goreng". Dah tentu jawapan aku "Tak perlulah", "Nantilah". Walau bagaimanapun, dia terus menelefon kedua-dua orang tuaku dan mengajak mereka untuk makan tengahari dirumah kami.

Pagi ini juga dia sangat bersemangat bangun pagi dan memasakkan mee goreng untukku. Bila aku turun sahaja daripada bilik, aku lihat dia telahpun memasukkan mee goreng tersebut di dalam bekas makanan dan bersama-sama bekalan tersebut ada sepasang chopstick kegemaranku.


Suamiku, terima kasih untuk hari-hari yang indah dan bahagia ini. Semoga tiada kedukaan yang dapat memadamkan memori manis ini. Tahun kedua perkahwinan kita, walaupun tidak bermula dengan baik tetapi dirimu telah membuka satu lembaran baru... Moga aku boleh jadi isteri seperti di dalam impianmu.

Thursday, December 9, 2010

Mencari Mood...

Sewaktu ke BTN tempoh hari, Kak Zu ada berbual dengan salah seorang pelajar PhD yang telahpun selesai kursus QA. Berdasarkan perbualan tersebut, peserta kursus QA perlu menghantar satu kertas cadangan projek seminggu sebelum kursus bermula. Aku masih tidak pasti apakah tajuk yang ingin aku jadikan topik tetapi aku ada lebih kurang dua cadangan yang sedang dipertimbangkan.

Tajuk yang aku pilih tempoh hari untuk kertas cadangan ke JPA agak tidak sesuai tetapi jika difikirkan kembali rasanya tajuk tersebut masih boleh dipertimbangkan. Aku juga telahpun bertanya kepada beberapa perpustakaan universiti dan perpustakaan UKM adalah pilihan terbaik setakat ini dari segi kos dan juga kemudahan yang ditawarkan.

Pada masa ini, aku perlu lebih giat membaca. Betul kata bosku "Intan, you need to read a lot before going to further you master", "Prepare" etc.... Aku rasa banyak perkara yang perlu aku buat. Ia bukannya semudah di dalam fikiranku sewaktu merancang tempoh hari. Terima kasih, bos. Segala kata-kata semangat yang diberi sangat bermakna kepada diri ini...

Wednesday, December 8, 2010

BTN: KPO-H2068.....

(Semalam terbaca sebuah artikel mengenai memartabatkan penggunaan bahasa melayu dan aku telahpun berjanji kepada diri sendiri untuk menggunakan bahasa melayu yang lebih baik)


Kursus Bina Negara yang telahpun diadakan pada 2-6 Disember 2010 bagi pelajar-pelajar sarjana/doktor falsafah dan sub-kepakaran adalah kursus Bina Negara paling menarik pernah aku hadiri. Banyak perkara telahpun aku pelajari dan aku amat berterima kasih kepada fasilitator-fasilitator yang terlibat di dalam kursus kali ini. Aku juga sangat bersemangat, tidak rasa bosan, walaupun pada awalnya agak mengeluh sedikit kerana perlu mendengar ceramah seawal jam 6.15 pagi tetapi alhamdulillah, bak kata orang, jika niat kita adalah baik, kita akan dapat menerima ilmu dengan baik.

Di kursus tersebut, aku berkesempatan berkenalan dengan ramai bakal-bakal penuntut ke luar negara. Salah seorangnya adalah Suresh daripada MITI. Kami mendapat tawaran kursus yang sama: International Economics & Finance cuma yang membezakan adalah penaja aku telahpun menetapkan universiti manakala bagi Suresh, dia boleh kemana-mana sahaja yang disukai. Aku telahpun berikan nama agen aku, manalah tahu Suresh mungkin berminat ke UQ, Australia.

Aku berkenalan juga dengan seorang penuntut di Mexico- Goh. Dia telahpun memulakan pengajian dibawah tajaan Kerajaan Mexico tetapi perlu pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan syarat Kursus Bina Negara yang ditetapkan oleh UiTM. Goh ialah pensyarah di Jabatan Bahasa/Linguistik UiTM yang mengajar bahasa Mandarin. Kami duduk dalam satu dorm yang sama dan Goh seorang yang suka bercerita dan bercakap. Sangat kelam-kabut tetapi ceria. Dia memeriahkan suasana bilik.

Aku juga berkenalan dengan Johari. Dia dilantik menjadi ketua kumpulan LDK. Aku teringat pada Dato' Isa setiap kali bercakap dengan Johari sebab kedua-dua suka menggunakan analogi bagi menyampaikan sesuatu pendapat. Menariknya, Jo sangat sukakan kulat dan bidang pengajian beliau dalam bidang yang diminati-kulat.

Pada dua hari terakhir, kumpulan LDK aku menerima ahli kumpulan baru, Ilyani. Aku panggil Kak Yaya. Dia akan ke NZ pada Januari depan. Dia mengikuti kursus pergigian- PhD.

Secara keseluruhannya, aku sangat menyukai kursus BTN kali ini. Aku tidak sabar untuk meneruskan pra-syarat terakhir biasiswa aku iaitu kelas Statistic and Research Methodology yang akan diadakan mulai pertengahan bulan Februari 2011 sehingga 1 April 2011. Jika tiada aral melintang, aku boleh meneruskan pengajian di peringkat sarjana pada bulan Julai 2011.