Friday, January 14, 2011

Aktiviti Mengemas Rumah Dan Lawatan Ke Petrosains

Dah lama tidak melakukan apa-apa aktiviti. Jadi, sempena menyambut kedatangan sepupu suamiku yang kini tinggal bersama kami, aku pun mengemas rumah. Oh, sedikit sahaja ruang yang aku kemas kerana selebihnya ada bantuan daripada Kak Das.

Selamat datang ke ruang bacaan Anggerik.

I bought this book when I went to see Lantai T. Pinkie in Istana Budaya with my PTD MoFian Batch 2/2005. Nasha Aziz was outstanding!

The only book that has signature. I like A.Samad Said. If it's someone else, I probably won't bother to get my book signed.


I had this Oxford Dictionary since I was 18. A gift from Ayah. I was so fond of this dictionary and carry it everyday through matriculation for 1 year (eventhough there is no English class on that day!).

Aku sangat sukakan buku Ramlee Awang Murshid. Siri buku Cinta Sang Ratu-Bagaikan Puteri ini mulanya dipinjam daripada Along. Terus minat dan beli koleksi sendiri (sambil menggantikan koleksi Along yang digigit Didi). Cuma ada beberapa buku lagi yang perlu aku beli bagi melengkapkan koleksi Ramlee Awang Murshid.

These are my favourite! Aku habiskan masa tiga hari maraton tanpa tidur untuk menghabiskan buku ini. Aku ada "empty feeling towards other books moment" selepas baca Twilight Sagas. Dekat dua bulan juga aku tidak mahu baca apa-apa buku.

Terima kasih kepada Kak Nazura kerana sudi menghadiahkan buku ini kepada perpustakaan mini Anggerik.

Memang dari aku kecil aku meminati buku Agatha Christie. Keluargaku bukannya keluarga yang mewah. Pendapatan Ayah cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan kami sekeluarga. Jadi aku memang tidak berpeluang untuk membeli buku ini. Aku banyak meminjam daripada Perpustakaan Negara. Versi di sana adalah dalam bahasa Indonesia. Walau bagaimanapun aku sangat sukakan buku-buku ini. Alhamdulillah, sewaktu berjalan-jalan di MPH, aku terlihat MPH paired these books for RM39.90. Setakat ini, aku cuma mampu beli banyak ini. Oh, cepatlah gaji! Aku ingin tambah koleksi ini.

Inilah rupa perpustakaan mini yang dalam proses untuk dikemas.

Hubby telahpun bersetuju untuk menaiktaraf permaidani. Permaidani yang lama telah diletakkan di bahagian permainan video. Buku pun telah disusun semula. Langsir ini aku jahit sendiri. Tidak berapa cantik sebab aku mana pernah menjahit. It's just one night I went for curtain's window shopping and saw how ridiculously expensive the price were and decided at that moment to go to Kamdar KL and buy all necessary things to sew curtains. I managed to sew just 3/4 of this sliding door and gave up the next 1/4.

Nampak macam banyak kosong lagi rak buku ini. Sebenarnya aku belum habis memindahkan buku-buku aku dari rumah Uwan. Belum berkesempatan balik ke kampung. Sebelum ini, semuanya aku masukkan ke dalam kotak kerana tidak ada tempat untuk menyusun buku dan all books will be shipped to Uwan's house.

Sambil-sambil mengemas tempat membaca, i've extended my willingness to tidy up my bedroom sambil menukar cadar kerana dah sebulan cadar tidak bertukar.

I like my bedroom to be simple. Tidak suka ada banyak perabot dan semestinya warna merah hati dan merah tua menjadi pilihan kerana ia adalah warna kegemaranku. Since my salary is not that much, I tried to get good price for furniture. Selalunya pergi ke kedai perabot yang biasa sahaja kerana harga yang ditawarkan adalah berpatutan dan boleh tawar menawar. Kerja tawar menawar diserahkan kepada Hubby dan aku akan cuba menyorokkan diri di belakang Hubby ataupun lari jauh-jauh sedikit kerana aku tidak suka bab tawar-menawar.

Gambar dari kiri: Baby Idzham, Hubby dan Yusri

Kemudiannya, aktiviti ke Petrosains. Dah lama tidak melawat Petrosains. Ini adalah kali ketiga aku melawat Petrosains. Makin bertambah bahan di dalam galeri lawatan. Siapakah yang paling teruja? Jawapannya ialah Hubby dan Baby Idzham. Mari saksikan gambar masing-masing:

Little Idzham Einstein

Hubby cuba menangkap bahan pameran maya

Muka serius bersama dinosaur

Baby Idzham khusyuk mengorek pasir.



Baby Idzham dan harimau

Sempat bergelongsor

Cik Abang yang teruja jadi angkasawan




Baby Idzham sangat gembira dengan lawatan sambil belajar ini, so does Hubby. At the end of visit, we went to the gift shop and souvenir and buy few things.


2 comments:

alien said...

apa tajuk buku yg A.Samad Said Sign tu?
saya pun ada satu, tajuk dia "Dari Salina ke Langit Petang".. cuma sign saje xde tarikh..

Anggerik said...

Hi alien,

Tajuk buku yang ditandatangani oleh A. Samad Said adalah Lantai T.Pinkie. Beliau tandatangan sewaktu pementasan Lantai T.Pinkie di Istana Budaya.