Friday, March 25, 2011

Ahli Keluarga Baru

Telah lama tidak mengunjungi blog sendiri apatah lagi ingin menulis. Pada masa ini, aku agak sibuk dengan kelas analisa kuantitatif.
Dalam kesibukan menghadiri kelas, aku menerima kehadiran ahli keluarga baru. Salmia telah selamat melahirkan lapan ekor anak kucing yang sangat comel. Nanti aku akan memuat naik gambar-gambar anak Salmia. Baru-baru ini, anak Salmia tidak sihat. Matanya tidak boleh buka. Penuh dengan kerak-kerak dan aku mencucinya sekali sehari namun tidak juga hilang. Akhirnya semalam Hubby setuju untuk bawa anak-anak Salmia ke klinik haiwan- Mesra Petshop di Presint 14.
Doktor maklumkan terdapat jangkitan pada mata anak-anak kucingku dan ajar cara membersihkan mata mereka. Selain itu, doktor juga ajar bagaimana untuk meletakkan ubat dimata anak-anak kucing. Katanya, insya Allah kebiasaannya dalam masa seminggu akan sembuh. Jika tidak, sambung sahaja rawatan sehingga pulih sepenuhnya. Doktor juga berikan ubat cacing kepada kelima-lima ekor anak kucingku. Jadi hari ini, jika tidak ada aral melintang, aku ingin bawa lagi 3 ekor anak kucingku untuk berkunjung ke klinik bagi mendapatkan ubat cacing.
Aku dah namakan tiga ekor: Shin Chan, Wuffy dan Lionhead.
Selain itu, keputusan peperiksaan bulanan anak angkatku agak tidak baik. Hmm..... Hubby pun dah bising-bising. Apa yang nak buat ya? Kalau dulu masa zaman aku, bakal kena bebellah dengan mama- bukan sahaja sepanjang hari, tetapi aku rasa macam seumur hidup sahaja mama akan tetap membebal. Tambah-tambah bila dia kata, kalau susah-susah sangat, mama kahwinkan kau! Oh, tidak!!!! Itu belum cerita tentang peraturan kena mengulang kaji depan dia dan aktiviti soal jawab lagi. Kalau jawab soalan yang mama bagi, mesti kena jawab serupa macam dalam buku. Tidak boleh hilang satu perkataan pun.
Apalah harus kami buat?

0 comments: