Pembetulan: Nama penuh orang yang kuceritakan ini adalah Mohamed Azriza Abdul Karim dan bukannya Mohd Asriza Mohd Kassim seperti catatan awal.
----------Posting asal-----------
Minggu ini sesi bercerita tentang orang lain.
Kali ini aku nak bercerita tentang seorang lelaki pula. Aku akan berikan nama sebenar: Mohd Asriza Mohd Kassim (lebih kurang macam inilah namanya tetapi ejaan tidaklah pula diketahui). Dia dahulunya, tidak terlalu lama sangat, cuma baru hari Jumaat yang lalu, dia bertugas di KeTTHA. Sekarang telahpun berpindah ke kementerian lain. Dengar khabarnya berpindah ke KPDNKK di Bahagian Penguatkuasaan.
Oh, ya! Sesiapa yang kenal lelaki ini ataupun sama batch, sila jangan beri alamat blog ini kepadanya. Nanti perang dalam blog pula. Jika terjadi begitu, aku akan tukar pengacaraan blog ini kepada peribadi dan bukannya umum lagi.
Lelaki itu, jika sesiapa kenal, mungkinlah nampak baik. Bolehlah dibuat kawan. Berkawanlah dengan dia kalau nak, tiada siapa yang menghalangnya. Sebabkan hari ini malas nak bercerita panjang, mari kita ringkaskan sahaja:
- dia seorang yang suka bermegah. Bercerita yang dia selalu melanggan pelacur kepada kakitangan bawahan. Sangat-sangat bermegah. Adakah perlu bermegah tentang itu? Apalah pula kata isterinya jika tahu? Seorang pegawai, sekarang telahpun disahkan dalam Gred48. Baru sahaja disahkan dalam gred tersebut. Perkhidmatan apa? Oh, rahsia! Apakah tanggapan orang kepadanya tidak memberi makna? Selalu mengadu bahawa pegawai yang lebih senior tidak mahu berikan peluang kepada pegawai yang muda seperti dia. Adakah anda akan berikan peluang kepada dia?
- bercerita yang mak mertuanya terpaksa berulang alik dari rumah di kampung ke hospital di sekitar Kuala Lumpur/Putrajaya (oh, lokasi yang tepat tidaklah terlalu ingat) kerana perlu menjalani rawatan perubatan. Katanya, isterinya, seorang penyambut tetamu di Kementerian Belia dan Sukan, ada minta bantuan kewangan kepadanya. Al maklumlah, perbelanjaan berulang alik adalah tinggi. Tapi jawapannya adalah tidak kepada isterinya. Dia juga bermegah yang isterinya takutkan dirinya. Apa sahaja yang dia cakap, isterinya akan mengikut. Tiada bantahan, maksudnya tiada demokrasi dalam rumahtangga dia. Oh, tidaklah aku kisah! Berbalik kepada kisah mertua, terpaksalah orang tua itu berulang alik dan katanya, bukan kataku, adakalanya mertuanya terpaksa tidur di stesen bas! Pegawai jenis apakah ini? Manusia apakah ini? Adakah anda kenal lelaki ini?
- Telahpun menjadi ketua unit sejak memegang jawatan 48. Apabila ketua seksyen (aku tidak tahu apa yang orang panggil disana tetapi lebih kurang ketua seksyen) minta untuk buat kerja yang bukan dalam bidang tugas, selalu sahaja membantah dengan kata-kata tidak termasuk dalam bidang tugas. Kemudian, apabila kakitangan bawahannya melaksanakan arahan ketua seksyen terbabit, dia menuduh kakitangan tersebut kaki bodek. Apa pendapat anda?
- Hanya kerana dia suka melanggan pelacur seperti yang selalu diucapkannya, dia menuduh orang lain juga begitu terutamanya jika orang itu baru sahaja balik bertugas di luar dan kelihatan rapat sambil bertanya kepada kakitangan wanita " Besar tak *** dia?". Adakah perbualan ini sesuai? Bolehkah kakitangan wanita tersebut dakwa dia atas gangguan seksual?
- Dia sangat mengikut telunjuk perempuan yang "gedik", yang juga kakitangan bawahannya. Apa sahaja yang dicakapkan orang perempuan-perempuan tersebut akan diikutinya. Jika perempuan-perempuan ini taknak buat kerja pun tak mengapa. Dia okay sahaja. Perempuan-perempuan ini adalah dalam gred 17 dan 27 dibawah skim pakej rangsangan ekonomi.
- Pegawai yang kononnya matang ini juga mengadakan perang Facebook terhadap penolongnya apabila individu tersebut memberikan kata putus kepada perempuan-perempuan pakej rangsangan ekonomi ini. Oh, kan tidak boleh diusik perempuan-perempuan tersebut?
Jadi, itulah sahaja yang ingin aku tulis berkenaan seorang individu yang aku tak kenalpun. Jadi pandai-pandailah menilai apabila berjumpa dengan individu tersebut. Aku rasakan kalaulah KSN ingin lebih tegas tentang isu disiplin, tegaskanlah isu-isu perempuan simpanan juga. Janganlah asyik ulangkan isu datang kerja tepat pada masa, senyum selalu... Untuk aku, isu-isu kecil ini tidak berikan impak sangat tetapi isu seks di luar nikah, sedangkan individu tersebut penjawat awam, lebih serius mencalar imej perkhidmatan awam itu sendiri. Ada juga kata-kata yang tak sedap didengar tentang penjawat awam: Sogokkan sahaja perempuan kerana sekarang dah tidak boleh sogokkan wang! Apakah maksudnya? Adakah penjawat awam rata-ratanya terdiri daripada mereka yang kuat seks?
Kemudian, kawan-kawannya menyokong perang Facebook juga perlulah mengetahui apakah yang berlaku disebalik sesuatu kisah sebelum ikut sama mengutuk. Dapatkan fakta anda terlebih dahulu.
Aku juga bukanlah baik sangat tetapi cuba menjadi yang lebih baik dari semalam. Wallahualam...



2 comments:
errr...macam tau je org tu!poyo jgk bdk ni
Haa... batch akak ker? Hehehe..... Apakah budak ni.... apapun benda tak baik yang nak, sedang ataupun telah dibuat, adalah tak elok cerita pada orang... issskkk....!!
Jangan cakap kat dia tentang entry ni ye, kak?
Post a Comment