Update:
Lulus! Lulus! Yay!
-------------------------------------------
Sebahagian daripada pra-syarat penerimaan rasmi tawaran HLP adalah bakal penerima biasiswa perlu menjalani Unjian Mantoux. Ujian Mantoux merupakan ujian di lapisan kulit bagi melihat sama ada ada menghidapi penyakit TB, satu penyakit yang jarang kita dengar pada masa ini tetapi adalah berbahaya.
Aku telahpun mengambil suntikan pada hari Khamis, 21 April 2011. Ujian ini hanya boleh dibaca dalam tempoh 48 sehingga 72 jam dan sekiranya anda datang lewat daripada 72 jam, mengikut Centre for Disease Control and Prevention (CDC), anda perlu ulangi ujian tersebut. Malam ini , selepas maghrib, aku akan mendapatkan bacaan bagi ujian yang telah aku jalani.
Yang kubaca, bacaan haruslah pada induration, iaitu pada permukaan yang keras, kelihatan timbul ataupun bengkak seperti gigitan nyamuk bukannya pada tanda kemerahan, erythema. Aku tidak pasti tentang prosedur bacaan di Malaysia kerana aku tidak jumpa apa-apa kenyataan ataupun garis panduan rasmi dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan tetapi sewaktu aku bertanya pada Klinik Kesihatan Bangi, kata doktor disitu, ada yang menggunakan 10mm dan ada juga yang menggunakan 20mm.
Jika sesiapa ada apa-apa maklumat, bolehlah berkongsi disni.
Jika tiada garispanduan rasmi diterbitkan, aku rasa patutlah perkara ini diberi perhatian oleh Kementerian Kesihatan. Sebenarnya, adalah wajar garis panduan rasmi ataupun maklumat diterbitkan di laman sesawang kementerian. Lebih mudah kita mendapatkan maklumat mengenai penyakit, lebih cepat kita memahami dan membuat apa-apa tindakan seperti mendapatkan suntikan dan sebagainya bagi memastikan diri kita sentiasa sihat. Dauhulu pun sewaktu kita mengambil BCG, kita hanya tahu yang kita akan ambil suntikan sewaktu darjah 6 apabila nampak senior beratur untuk ambil suntikan masing-masing. Apakah kegunaan suntikan itu? Untuk aku, sewaktu aku berusia 12 tahun, aku tidak tahu apapun tentang BCG. Yang aku tahu kena ambil suntikan tersebut. Puas merayu pada ayah dan mama supaya jangan tandatangan surat kebenaran tetapi ayah dan mama kata semua ini untuk kebaikan aku. Ada juga terfikir dalam perjalanan ke sekolah untuk koyakkan sahaja surat kebenaran tersebut. Alhamdulillah aku tidak koyakkan atau buang surat tersebut. Bayangkan jika aku berjaya larikan diri, bukankah risiko aku menghidap TB tinggi? Adakah aku tahu ketika itu? Aku tak tahu......
Harap-harap semuanya baik dan insya-Allah akan update malam ini.

0 comments:
Post a Comment