Tuesday, April 19, 2011

Oh Encik Suami....

...... silalah tidur di luar malam ini!

Hari ini si suami bercerita tentang bola. Katanya kedudukan liga sehingga ke hari ini adalah seperti berikut:

  • Selangor
  • Terengganu
  • Perak
  • Kelantan
  • Kedah
Bercakap dengan sangat bersemangat sambil makan nasi ayam yang dibeli di Presint 11. Sebenarnya, akulah yang bertanya dengan dialog berikut:

Akukiut: Pasukan mana ditangga teratas liga?

Encik Suami: Selangorlah!

Akukiut: Kedua:

Encik Suami: Terengganu.

Akukiut: Ketiga?

Encik Suami: Perak.

Akukiut: Keempat?

Encik Suami: Kelantan (amat berat untuk menyebut perkataan ini!)

Akukiut: Wah, hafal! Berapa nombor kad pengenalan saya?

Encik Suami: Err...8404....4 Mac 1980...jadi....errr...... berapa nombor kad pengenalan saya?

Akukiut menjawab dengan tepat!

Encik Suami: Wah, hafal! Bagusnya......

Akukiut: Sila tidur di luar, ya! Pasukan bola hafal, nombor kad pengenalan isteri tak ingat....

Ishh.... Geram!

0 comments: