Tuesday, May 17, 2011

VISA


Bunyi macam baru dapat kad kredit VISA tetapi bukan. Aku dahpun mendapat kelulusan VISA bagi perjalanan Julai 2011 ini. Masa berlalu begitu pantas. Lagi satu bulan setengah aku akan meninggalkan suami dan keluargaku, bersendirian, ke tempat orang.

Walaupun aku rasa aku mungkin boleh mengharungi hidup ini sendirian, hakikatnya ada perasaan yang kurang menyenangkan singgah dihati dikala ini. Rasa sayu. Aku rasa ini semua sebab aku baru baca novel. Kalau baca novel, agak sensitif (sedangkan hakikatnya aku seorang yang sensitif, saja nak tuduh novel). Semoga segalanya lancar. Kini hanya ingin uruskan beberapa projek mini yang diberi oleh bos, dokumentasi di JPA dan kenduri doa selamat. Cuti pun masih banyak lagi. Ada 31 hari. Rasanya nak habiskan 25 hari. Mungkin sempat. Walau bagaimanapun di kala ini, mood bekerja sangat tinggi kerana tidak mahu berfikir tentang waktu yang semakin hampir.

Ramai yang bertanya jika aku pergi seorang, bagaimana dengan suamiku? Aku bukan seorang yang terlalu mengawal pergerakan suamiku. Silalah bergerak ke mana-mana. Janganlah bawa aku keluar bersama-sama dengan kerap. Memang aku bukan orang yang bergantung kepada orang lain sangat. Walau bagaimanapun, ada satu perasaan sayu.... Aku berdoa agar Allah memberikan aku yang terbaik. Apapun yang terbaik itu, akan aku terima dengan redha. Apapun jua, semoga aku tabah menghadapi ujian-Nya.

0 comments: