Alhamdulillah, nampaknya aku sekarang dah rajin bangun pagi. Aku tak lagi rasa "Sure ke kena bangun ni? Boleh tak kalau tak bangun? Duduk dalam selimut je...."
Hari ini, aku ingin mengikuti majlis meraikan student baru oleh Persatuan Pelajar Malaysia UQ. Aku tak pasti bagaimana untuk ke Southbank Parklands. Semalam masa tengok peta, aku perlu turun di Cultural Centre dan ambil sebelah kiri untuk ke tempat BBQ.
Anyway, aku sampai dalam 10.45am, berjalan dengan sangat jauh (sebab aku tak sure di mana), dan aku jumpa pelbagai aktiviti. Antaranya:

Orang ni berjalan di atas tali.

Kalau aku, mesti dah jatuh awal-awal. SIla jangan tertipu dengan cuaca. Cuaca agak terik. Memandangkan sekarang musim sejuk, masih boleh berjalan-jalan. Jika musim panas, aku akan duduk rumah sahaja.

Hari ini walaupun panas sedikit, tapi cuaca adalah baik kerana terdapat kumpulan awan yang tebal. Biasanya tiada awan atau terlalu nipis.
Aku rindu pada cuaca di Malaysia.
Buat pertama kalinya sejak sampai, aku berpeluh. Itupun tak banyak. Tak perlukan tisu untuk lap.

Aku rasa ini macam bakau.

Nampak cantik. Aku suka. Macam di Putrajaya. Di pulau-pulau kecil di dalam tasik buatan di Putrajaya.

Pasir dia halus.

Inilah Sungai Brisbane.

Cantik, kan? Bolehkah kita buat begini untuk Sungai Kelang? Besarkan atau dalamkan, kemudian jadikan salah satu dari produk pelancongan?

UQMSA BBQ

UQMSA BBQ

Inilah makanan aku sehingga malam. Lapar sangat! Dahlah jalan sangat jauh (sebab sesat), dapat makan ni sahaja sehingga malam. Memang aku rindu kat kedai mamak.
Tapi macam sedap dan aku dah beli sos ni di Woolworths sebelum balik ke rumah.

UQMSA BBQ

Pemandangan Sungai Brisbane

Pemandangan Sungai Brisbane

Jeti CityCat
Aku ingat dah bosan naik bas, jadi aku nak cuba naik feri. Aku pun tak tahu macam mana nak balik naik feri ke Indooroopilly tapi aku rasa aku boleh manage.

Aku sangat excited nak naik CityCat. Yang ni bukan untuk aku naik. Memang excited menunggu.

Bila CityCat aku nak sampai?

Kemudian aku toleh ke kanan, yay!!!! Dah nak sampai....

CityCat, seronoknya!

Goodbye, Southbank!

Pemandangan wheel dari CityCat

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

CityCat Trip

My journey with CityCat ended at Toowong. Aku turun di Jeti Regatta dan teruskan berjalan kaki ke stesen keretapi Toowong untuk ke Indooroopilly. Inilah yang dilukis di dinding stesen keretapi. Lukisan jalanan yang nampak cantik menghiasi ruang menunggu stesen Toowong.

Stesen Toowong
Akhirnya, aku sampai juga di Indooroopilly. Penat. Apapun, hari ni, banyak yang aku dah buat. Kos pengangkutan sangat murah: Naik bas hari ni AUD0.67, naik tren AUD0.67 dan naik CityCat juga AUD0.67.... Aku macam tak percaya, murah!
0 comments:
Post a Comment