Saturday, July 16, 2011

Berpindah Dari Eight Mile Plain Ke Indooroopilly

........dan cerita-cerita lain.



Alhamdulillah... semuanya hampir selesai. Semua barang-barang telahpun aku pindahkan dari Eight Mile Plain ke Indooroopilly. Cuma tinggal nak pulangkan kunci kepada tuan rumah, yang aku akan lakukan esok.

Ini gambar bilik di Eight Mile Plain. Masa malam-malam yang sangat sejuk, kami guna dengan cadar sekali buat selimut. Cadar tilam ni agak tebal.

Inilah dapur tempat kami mencuba pelbagai masakan. Sebab kami tak pasti sangat tentang tempat ini, kami beli semua peralatan memasak termasuk pinggan dan cawan. Jadi, kami tak bimbang sangat tentang isu halal.

Inilah ruang kami beristirehat. Alhamdulillah, rezeki kami, hanya kami di dalam rumah ini sepanjang 10 hari. Jadi, memang selesa, buat macam rumah sendiri. Pe

Pemandangan waktu siang.




Bilik mandi

Toilet







Inilah bilik baru aku. Ada balkoni. Tina, balkoni ni mengadap jalan raya tetapi jalan ini tidak sibuk. Banyak pokok dan sangat menyenangkan. Tilam, cadar, bantal dah meja tulis juga telah ada. Aku beli dari owner lama, Athirah.

Best tak almari baju yang ada dalam bilik baru aku? Jangan jealous....

Balkoni yang luas. Kalau bosan, boleh baca buku di luar...

Ini adalah portable heater yang Hubby belikan untuk aku. Malam di Eight Mile Plain sejuk. Tambahan pula rumah kami rumah kayu. Angin masuk juga. Sehingga satu malam tu kami terpaksa gunakan cadar sebagai selimut tambahan. Di Indooroopilly tidak terlalu sejuk.


Pelbagai masakan kami buat. Hubby juga tidak cerewet seperti selalu. Mula-mula kami makan udang dengan seafood mix. Then, we found one halal store near Palmdale, Logan Road. Kami tak tahu macam mana nak pergi Logan Road. Kami cuba juga cari jalan ke sana. Dekat dengan Garden City, lintas jalan sahaja. Dapatlah kami makan daging lembu dengan ayam yang halal. Aku juga cuba chicken sausage dan Hubby cuba lamb sausage. Kami beli yang mentah, kemudian masak apabila balik rumah. Sedap juga! Wonders can happen when you are hungry... Walaupun bahan-bahan tak mewah macam di Putrajaya, tetapi masih ada herbs yang Hubby beli di campur dengan daun rosemary (aku sangat seronok jumpa daun rosemary yang segar), sedap jadinya grill meat kami.

Sambal udang

Nasi goreng seafood

Strawberry di sini agak murah dan sangat manis! Aku makan hari-hari..

Ikan tenggiri masak cili api goreng. Mama, kakak tak jumpa lagi daging ayam yang halal. Biasanya mama masak ayam goreng cili api, kakak tukar ikan tenggiri goreng cili api. Berselera Azhar makan.

Seafood mix ini aku buat sandwich. Tapi bila aku dah jumpa jem strawberry dengan nutella, aku dah tak makan dah seafood mix ni..



Kebab ni sangat sedap. Kalau kat Putrajaya, jangan harap aku nak makan. Kebab yang aku suka kat Foodcourt P11 dah tutup. Kebab dia aku makan, kalau kat tempat lain, aku tak makan. Tapi sebab inilah yang ada perkataan Halal, kenyang juga. Banyak sangat sayur dalam kebab ini. Sedap! Aku beli di Garden City

Terima kasih, hubby. Terima kasih kerana bersabar dengan kerenah baby. Terima kasih kerana rajin menolong baby berpindah-randah dan membeli barang-barang keperluan. Terima kasih kerana memberanikan diri bertanya, meminta pertolongan dari orang lain. Orang di sini baik-baik belaka, alhamdulillah. Dari pejalan kaki, ke pemandu bas... pengalaman selama lebih kurang 10 hari adalah menyenangkan.... Hubby sangat menyenangkan.... dan amat berat melihat hubby melangkah meninggalkan aku tadi....

Aku tak hantar Hubby ke lapangan terbang. Risau juga, takut Hubby tak sampai. Apapun, tadi aku terima sms dari Hubby maklumkan dia dah sampai di lapangan terbang. Sangat senang untuk ke sana dari Indooroopilly, katanya lagi. Selamat jalan, Hubby...

Banyak yang aku tak sempat tulis, terutamanya minggu-minggu terakhir aku di Treasury. Aku tak sangka aku boleh rapat dengan sesiapa. Aku bukan orang yang tahu nak kekalkan hubungan i.e telefon orang, sms etc. Tetapi aku jumpa Tina, Kak Zura dengan Kak Zue. Aku sangat senang berkawan dengan mereka. Entah macam mana kami jadi rapat. Terima kasih atas persahabatan.

Ini adalah kek opera Kak Zue yang dipesan oleh Tina. Sedap! Aku juga dah cuba Opera Cake di Indooroopilly tapi kek Kak Zue juga yang aku suka.


Pelbagai angle ambil gambar kek ni. Dari dalam kereta sehinggalah ke TGI... Bertuah sungguh kek ni!

Minggu depan aku agak sibuk dengan orientasi terutamanya dari hari Selasa sehingga Khamis. Aku juga telah mendaftar kelas Speaking for Academic Purposes and Academic Writing. Kelas akan diadakan selama dua bulan pada hari selasa dan khamis. Aku juga mendaftar untuk kelas Grammar. Fasilitator maklumkan semuanya telah dimasukkan dalam yuran. Jika tak ambil peluang untuk masuk ke kelas tambahan ini, rugi. Kalau tak masuk pun tak apa tapi aku rasa baik aku masuk. Aku pun bukan ada nak buat apa di rumah.

Jarak dari kampus St Lucia ke Indooroopilly tak terlalu jauh. Cuma nanti aku nak berjalan dari bus stop kampus ke fakulti agak jauh. Tak ada bas di dalam kampus. Bas yang ada hanyalah safety buses yang akan mula beroperasi pada waktu malam, bagi yang ada kelas malam.

Masa pergi Getting Started Session, fasilitator perkenalkan haiwan-haiwan yang ada di sekitar kampus. Fasilitator tu agak kelakar. Dia siap buat bunyi burung. Aku tak ingat burung apa, but she said "If you heard this bird cookoo, you can be assured that you are in Australia". Bunyi burung ni macam bunyi monyet. Dia juga pesan, masa spring, sila pakai topi sebab magpie baru dapat babies and dia akan 'swoop' kat kepala sesiapa yang lalu dekat dengan sarang magpie. Dia juga pesan berhati-hati dengan burung yang suka curi makanan dan minuman orang. Burung tu tak takut pun kalau kita halau. Seterunya, fasilitator perkenalkan burung Bush Turkey. Dia kata 'Please do not eat this turkey'. Spesis ini dalam perlindungan.

Aku juga jumpa dua Malaysian student yang akan attend fakulti yang sama dengan aku. I didn't catch their names. Mereka ambil law. I also met a Korean student, dia ambil Master in Education. Dia cikgu di Korea. Kami cari tempat Getting Started Session sama-sama and when she met one Korean friend after the session, kami pun pergi mengikuti haluan masing-masing.

Okay, sampai di sini dulu. Nanti akan update lagi....

3 comments:

dbalkis said...

Hi Intan, means Azhar tak dok sana terus ya? Take care ya..sama la kita duduk single di tempat orang. I attended English classes here also. Really worth attending it. Sangat berguna untuk course kita nanti esp academic writing. We all start orientation next week too..

All the best to you.

Anonymous said...

Wah.. Menariknya isi blog ni.. Teringin nak sambung belajar kt obersea macam kau.. tapi apakan daya.. masa interview dulu, macam takde harapan nak lepas.. "once you go stupid, you never turn back"

~happy wonderer~ said...

waaah...ada balkoni...skali tetiba ko post gambo ko tengah sunbathing...camna?...hahaha....since ko takde ni...kami asyik recap time bile ko ade...plus kutukan kecil-kecilan la jgak heeee....anyway....ko hati2 tau bila menapak ke mana2...jangan lalu tempat sunyi tau....dan jangan sesekali gi mandi sungai....heeee...take care & keep updating ye...good luck with smua aktiviti yg ko akan buat nanti....