Friday, July 8, 2011

Brisbane, Australia- 6 July 2011

Kami telahpun selamat sampai di Brisbane, Australia pada 6 Julai 2011, jam 7.30 malam, waktu tempatan. Penerbangan aku sangat seronok sebab ada in-flight entertainment. Terima kasih kerana memberikan tiket Business Class. Makanan pun sangat mengenyangkan. Oh, aku makan nasi lemak. Nanti aku mesti rindu nak makan nasi lemak.

Kami dijemput oleh pihak UQ. Aku tak pasti apa namanya orang yang menunggu kami. Yang pasti, MPV yang kami naiki, memang luas. Kalau bawak 10 orang pun muat. Aku risau juga kalau-kalau orang yang menunggu kami dah balik, hehehe.... kami sangat lama nak lepas imigresen dan kastam. Basically, Jamu Mak Dara aku lepas. Aku dah declare and Custom cuma tanya, bentuk pil atau cecair. Nasib baik jamu dalam bentuk pil. Dia pun 'Okay, good to go'.

Driver bawa kami ke Liverpool Street. Tempat kami akan menginap sepanjang dua minggu. Aku risau juga. Macam manalah bentuk bilik yang kami akan duduk. Dekat dengan jalankah? Sunyikah? Alhamdulillah, memang sebelah jalan besar dan dalam 5-8 minit jalan kaki ke bus stop, depending on how fast kita boleh jalan.

Sebab semester belum bermula, jadi, ada kami sahaja dalam rumah ini. Bersyukur sangat. Inilah gambar-gambar dalam rumah tersebut:



Bilik mandi

Ruang tamu

Bilik tidur kami

Almari solek


Laci

Hari pertama kami sampai, dah lewat malam. Matahari cepat terbenam disini. Jika kita bangun lambat, rasa sangat rugi sebab menjelang pukul 5, matahari akan mula terbenam. Sampai dah lewat, jadi tak banyak pilihan untuk kami. Kami berjalan kaki ke stesen minyak berhampiran apabila telah selesai menyimpan barang-barang. Untuk beli satu botol air mineral, roti, milo (sangat kecil tin ini macam tin minuman), Nutella, cadbury, fanta dan travelling shower gel berjumlah AUD41. Mahalnya!! Aku fikir 'macam mana nak survive ni?'. Tapi alhamdulillah, kami dah jumpa supermarket 'Coles' dan barang-barangnya jauh lebih murah. Nanti tengok shopping list kami hari kedua kami disini.

Syukur hubby ikut sama. Hubby rajin memasak. Kalau aku, makan epal jelah.


Buruk, kan telur ni? Akulah yang masak.....

Ini adalah stok kami. Cuba tengok tin milo kecil tu.... Harga dia AUD6++ di stesen minyak manakala tin Milo yang besar kat bawah yang kecil tu ,di Coles hanya AUD5++



Wajiblah ada beras ni. Hubby pula pantang nampak nasi, sibuk beli. Nasi yang dah masak berharga AUD3+++ , satu tupperware. Yang ni lagi murah. Bukan tak ada periuk nasi nak masak... Kami beli oyster sauce juga dengan bekas nak simpan udang.... Udang di Coles boleh tahanlah harga dia. Sebab diorang dah masakkan, jadi tak berbau sangat sepanjang perjalanan.

Of course, bawang, minyak masak dan serbuk kunyit penting untuk masakan kami, eh..... masakan hubby....



Ni kalau lapar sangat bolehlah makan....


Telur. Fro China. Bila dah balik baru perasan. Nanti dah habis, aku cari dari negara lain pula.


Garam..... nanti tak rasa apa pula masakan kami


Inilah udang yang paling murah di Coles: AUD14++/kg


Ni dapur operasi kami...

Hubby memang suka makanan benda-benda ni


Aku lapar. Sepanjang hari aku tak makan. Aku cakap dengan hubby, nak beli mashed potatoes sebab aku lapar sangat.... Masa ni baru pukul 6.. dah gelap dah....



Inilah hasil masakan hubby. Sedap!!! Udang yag paling murah tadipun manis. Aku ingat, udang ni tak sedap.... Tapi memang segar sebab boleh rasa manis udang ni lagi...


Orang yang gigih memasak...


Nak posing lagi...


Nyum! Nyum!


Inilah hasil tangkapan kami di Coles. Memang macam mahal je kalau covert AUD ke RM tapi elaun sara hidup yang aku terima adalah dalam AUD. Jadi aku pun dah tak convert. Kalau korang fikir, buat sakit dada je..... Lagipun, kalau dapat elaun, dah siap-siap dalam AUD. Insya Allah, boleh hidup dengan baik.
Kami di Queen Street. Nak pergi Coles. Kalau tempat shopping, tahu aje.....

Sebenarnya, cabaran juga di sini nak cari pengangkutan dari Eight Mile Plains ke St Lucia. Kami tak tahu macam mana. Ada map, tapi tak berapa pasti juga. Mula-mula, tuan rumah kata ambil bas ke Queen Street Mall. Itulah yang kami buat. Lepas tu, kami tak berapa pasti macam mana nak ke St Lucia. Kami tanya orang-orang yang jual surat khabar, 7-eleven... diorang kata tak tahu. Kami tanya bus driver, dia suruh kami naik atas dan ambil 109. Jadi kami pun naik ke atas. Naik atas dari bus terminal, kami tengok tak ada pun bas lalu. Semuanya tempat orang jalan kaki. Kami turun semula dan tanya lagi sekali pada bus driver yang lain. Alhamdulillah, dia kata kami boleh tumpang sampai di bus stop yang patut kami turun- Cultural Street. Dia kata kami boleh ambil bus 109 disitu. Baik juga dia. Dia kata, kami tak perlu bayar tambang sebab dekat sahaja. Terima kasih ye!

Tambang memang mahal! Hari pertama dari Padstow Road ke City adalah AUD12++ untuk dua orang. Ini adalah one-way. Dari Cultural Street ke St Lucia adalah AUD4++ seorang.... Aku dah dapatkan Student ID dan hari kedua kami dapat student price: AUD3.80 per person untuk ke Meter Hill dan AUD2++ untuk ke St Lucia. Aku dah okaylah dengan public transport (bus). Nanti aku nak try train pula.



Kami gigih baca jadual di Padstow Road.


Middlecap, Padstow Road.

Semalam konduktor tu tanya, nak kemana. Aku cakap Liverpool Street. Dia kata 'you need to be more specific than that'. Aku cakap aku tak sure tapi tadi aku bayar tambang AUD6.10. Dia pun kata 'okay, we have that'. Susah juga sebab di sini diorang pecahkan ikut zon dan kena tahu korang duduk dalam zon mana.

Hari ini aku dah tahu aku kena turun di Middlecap, Padstow Road.






Dalam bas dengan hubby







Ini di St Lucia Lake

St Lucia Lake


St Lucia Lake

Okaylah. Aku nak pergi tanya tentang minggu orientasi pula. Petang ni nak pergi Coles lagi. Ada beberapa barang yang perlu dibeli. Esok dah cuti.

Eh, kejap!! Lupa pula nak cerita tentang cuaca.

Mula-mula sampai ' Hubby, tak adalah sejuk mana pun'..... Sekarang dah dua hari, aku tarik balik kata-kata tu. Siang taklah berapa sejuk sangat sebab masih ada matahari. Tapi bila angin dah start bertiup, menggigil jugalah.... Malam dengan pagi lagilah sejuk. Dahlah ada selimut, pakai sweater degan dua lapis stoking untuk tidur.... sejuk!! Okay, nak berangkat kat Student Union!

4 comments:

Anna said...

Wah Intan, bestnyer.
Itu hotel ke apa Intan?

Anna said...

Intankiut, sorry dah tau itu rumah hee...

JPA bagi business class ke kat kita Intan?

Anonymous said...

Wah intan,bestnyer..take care!eja fly 13th ni..ada rezeki jumpa di sana!

dbalkis said...

Hi Intan..bestnya..Happy to hear that Azhar is with u there..Sangat best kan ada hubby di sisi..

Keep connected ya dear. Im so excited to read bout ur study life there.

Ken salam Azhar k..