Thursday, July 28, 2011

Dah Nak Sebulan

Pejam celik pejam celik, next week genaplah sebulan aku di kota Brisbane. Of course, sebab aku seorang, memanglah aku nak balik. Homesick? Aku tak pernah rasa homesick dari awal aku masuk kolej, jauh dari rumah. Sekarang aku memang rasa homesick...

International Student Welcome

International Student Welcome

International Student Welcome

Minggu pertama kuliah boleh tahanlah. Kemudian aku dapat komen, from other people yang pernah buat kursus ekonomi ni. Kata mereka, banyak calculation. Banyak as in every subjek ada sangat banyak calculation dan bukannya sekadar teori sahaja macam degree dulu.

Dari dulu, aku tak pernah suka matematik. Aku tak suka mengira tetapi entah macam mana aku sangat suka pada finance. Aku pun tak sangka yang aku boleh ikuti subjek itu dengan perasaan gembira untuk mengira, gembira dapat jawapan, gembira buat kesimpulan. Tetapi, aku tidak pernah menyukai subjek ekonomi. Aku agak risau. Bolehkah aku tukar sikap aku terhadap subjek ekonomi? Pada musim bunga/panas ni, aku akan mulakan kelas Bahasa German, insya Allah. Aku juga akan ambil subjek tambahan, International Economics. Jadi musim bunga/panas ini memang tidak balik ke Malaysia.

Minggu ni, kelas-kelas aku bermula dengan pengenalan dan pengiraan. Berdebar-debar rasanya. Masih tak habis debaran. Aku rindu suasana rumah aku di Putrajaya. Lampu terang dan sesuai untuk ulangkaji. Rumah di sini kebanyakannya mempunyai lampu berwarna kuning, agak malap.

Kalau dulu masa buat degree, beria-ia cari waktu tidur, bukan sebab tak cukup, tapi memang keinginan tidur melampau-lampau, tetapi disini tak terasa nak tidur sangat.

Buat masa ini, circle of friends bertambah seorang lagi, Chrystal. Dia dari Australia. Sejam setengah perjalanan dari St Lucia. Dia mengikuti program secara sambilan dan hanya ambil kelas macroeconomics dalam semester ini. Aku harap aku jumpa dia lagi di kuliah minggu hadapan. Dia kata Aussie suka cut short everything and if there is anything yang dia cakap and aku tak sure, be sure to tell her. Dia bagi contoh mosquitoes ialah mossie.

Aku juga berjumpa semula dengan Ira Ary, sahabat dari Brunei. Hari Rabu yang lalu ada Market Day untuk UQ. Jadi dia cerita yang dia dah masuk Persatuan Muslim. Aku tanya dia lokasi Persatuan Muslim sebab aku tak jumpa. Dia ada inform tetapi aku tak sempat untuk pergi sebab ada kuliah Micro. Market Day adalah waktu semua persatuan mempromosikan aktiviti masing-masing dan mendapatkan keahlian. Jadi minggu depan aku nak melawat kelas Tae Kwan Do dan juga tenis.

Elaun buku dan alat tulis JPA tak masuk lagi. Aku harap sangat dapat cepat sebab sekarang ada discount untuk printer. Takkanlah aku nak bawa printer dari Malaysia, kan? Aku dah beli semua buku teks yang diperlukan. Semuanya dapat discount sebab dah jadi ahli koperasi. Aku juga jawab iklan untuk buku macroeconomics daripada student email, jadi untuk buku tersebut aku dapat harga yang lebih murah daripada yang ditawarkan di coop. Apapun, boleh dikatakan cashflow aku agak terganggu dengan elaun yang lambat kerana aku telah menggunakan elaun sara hidup untuk bayaran buku-buku teks.

Buku teks Microeconomics

Buku teks Statistics

Buku teks Macroeconomics

dan yang paling up to date- Buku teks Finance


Hari Sabtu ni aktiviti adalah penuh. Aku ingat nak join BBQ UQMSA- Persatuan Pelajar Malaysia UQ di Southbank Park bermula pada waktu pagi. Aku pun tak ada idea manalah Southbank Park ni tapi aku yakin kalau aku naik bas, pemandu bas tu boleh tolong turunkan aku di tempat berkenaan. Kemudian sebelah petang, Athirah, housemate aku, ada buat majlis perpisahan, BBQ juga. Di mana pun aku tak tahu tapi dia kata bertolak sama-sama dari rumah. Dia nak masak nasi goreng dulu. Aku harap aku rajin ambil gambar sebab sejak kamera aku hilang, aku memang tak ada mood nak ambil gambar apa-apa.

Sambil tulis post ni, aku ikuti live streaming perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia antara Malaysia dengan Singapura. Aku rasa sedih sebab dah hampir tamat masa dan Malaysia masih tak dapat lagi mengejar dua gol yang diperlukan. Aku harap sangat at least dapat dua gol tersebut.

Dah minit ke-93. Mungkin tak dapat....

0 comments: