Hari ini housemate aku, Athirah dan Nadjaa, serta aku mencuba resepi Marble Pudding. Resepi ni adalah resepi mak Nadjaa. Bahan-bahan disediakan oleh Nadjaa. Aku dengan Athirah jadi tukang kacau.
Sebab ini pertama kali aku tengok orang buat puding, jadi seronok juga.
Pagi tadi di Fortitude Valley, kami pergi dapatkan agar-agar. Dalam perjalanan, Athirah tanya "Agar-agar bahasa inggeris apa?". Aku pun tak tahu nak jawab apa. Aku cakap "Entah, jelly kot". Kami gelak-gelak lepas tu masuk kedai di China Town and cakap "Do you have agar-agar?". Surprisingly, dia tunjuk kat kami lokasi agar-agar. Di packaging, memang tulis 'agar-agar', halal dari Thailand. Ada agar-agar strip, macam di Malaysia, tapi mahal sangat. 10 gram berharga AUD5++. Mahalnya! Kami pun tengok di rak bawah sedikit, ada serbuk agar-agar dan harganya cuma AUD1.60, lebih kurang. Kami tak tahulah boleh guna tak agar-agar serbuk ni tapi beli jelah, murah.
Aktiviti memasak mula dalam 9.30 malam dan siap kira-kira jam 11.15 malam. Nadjaa siapkan bahan-bahan. Asingkan telur putih dengan telur kuning. Aku kacau serbuk agar-agar dan gula. Kemudian kami rasa api sangat perlahan jadi kami besarkan api dan tidak lama kemudian, agar-agar kami hampir sahaja melimpah dari periuk! Kami pun tutup api dan alihkan periuk ke stove sebelah. Bila dah kurang panas, kami letak semula di stove yang asal. Athirah masukkan kuning telur yang dah dipukul dan aktiviti mengacau bahan-bahan diteruskan tetapi macam tak nak sebati. Kemudian Athirah kata "Eh, api tak pasang". Malam ni dah dua kali terlupa nak pasang api. Second, masa dah masukkan serbuk koko dan pelik kenapa serbuk koko ni masih bergumpal-gumpal. Boleh, tak?
Bila dah selesai masak, kami masukkan dalam bekas untuk dibawa ke BBQ Athirah petang esok. Kami asingkan sikit untuk kami makan malam ni juga. Nak cuba. Kalau tak okay, kami tak jadi bawa ke majlis BBQ Athirah esok. Hasilnya:

Kami dah hampir habiskan yang kami asingkan untuk diri sendiri. Rasa macam nak makan yang dalam bekas untuk dibawa ke majlis BBQ Athirah pula... mungkin kami boleh masak yang lain esok? Nadjaa kata kalau nak buat lagi boleh tapi kena beli evaporated milk.
Hmmm..... Tapi nanti tak cukup pula untuk Doreen, Kanmani dan Picha... Masa tengah makan puding ni, Doreen dan Picha tak balik lagi. Kanmani pula tengah mandi. Jadi kami decide untuk tinggalkan 8 pieces yang akan dibahagikan antara mereka bertiga. Yang lain, kami dah habiskan.

1 comments:
waaah...menarik.....bole ciplak resipe tak..seperti biase....heee
Post a Comment